Bengkel Penyediaan Pelan Strategik MAMPU 2014 - 2020

Tarikh : 20 & 21 Mei 2014
Tempat : Bilik Persidangan Dan Dewan Makan, Blok B1, Kompleks JPM
Anjuran : Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK)

Tujuan : Bengkel ini diadakan untuk mengkaji semula Pelan Strategik MAMPU 2013-2015 supaya pelan yang baharu dan sejajar dengan peranan MAMPU selepas penstrukturan semula dapat dihasilkan.

Ketua Fasilitator, Encik Suhaime Mahbar memulakan bicara kepada peserta bengkel.

 

Maklumat Lanjut Klik Disini

Big Data Analytics & Open Data Sektor Awam

MANDAT INISIATIF BIGDATA MALAYSIA YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam 25th MSC Malaysia Implementation Council Meeting pada 14 November 2013 telah
memutuskan:
• Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bekerjasama dengan MAMPU dan MDeC untuk membangunkan
Kerangka Big Data Kebangsaan.


• MAMPU dan MDeC berkolaborasi untuk melaksanakan empat (4) projek rintis Big Data Analytics (BDA). BDA adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan Kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data, pembangunan bakat tempatan dalam BDA sekaligus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara.


KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA IT DAN INTERNET KERAJAAN BIL.1 TAHUN 2014 PADA 28 MAC 2014 Semua agensi disarankan supaya bersedia dan mengambil tindakan mengenal pasti inisiatif big data analytic dan data set bagi pelaksanaan open data dalam setiap perkhidmatan teras agensi.

Maklumat Lanjut Klik Disini

Lawatan Kerja Oleh Dewan Undangan Negeri Sabah

Lawatan Kerja Oleh Dewan Undangan Negeri Sabah Ke MAMPU Cawangan Sabah Pada 7 Mei 2014 (Rabu).

Anggota Pengurusan MAMPU Cawangan Sabah merakamkan gambar kenangan bersama rombongan lawatan kerja Dewan Undangan Negeri Sabah yang diketuai oleh YBhg. Datuk Bernard J. Dalinting, Setiausaha Dewan.

Maklumat Lanjut Klik Disini

Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor (MISTI Johor) 2014

Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor (MISTI Johor) 2014 diadakan mulai 15 hingga 21 April 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA), Johor. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 15 April 2014.
 
Sempena MISTI Johor 2014, MAMPU dengan kerjasama GITN Sdn. Bhd. telah menyertai pameran di Persada. Penyertaan MAMPU bertujuan mempromosikan Inisiatif Kerajaan seperti 1MOCC, 1MTC, 1Gov*Net, MyGSOC, Kiosk Perkhidmatan Online Kerajaan, MyGov Mobile serta memperkenalkan fungsi MAMPU kepada rakyat secara amnya.
 
Maklumat Lanjut, klik *di sini

LAB BUSINESS PROCESS REENGINEERING (BPR)

LAB BUSINESS PROCESS REENGINEERING (BPR)
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS)

Pada 4 - 6 April 2014, Hotel Klana Beach Resort, Port Dickson

 

MAJLIS PENUTUP "LAB BUSINESS PROCESS REENGINEERING (BPR)" JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS)

 

Jumlah peserta yang terlibat dalam Lab ini ialah 38 orang.

Untuk maklumat selanjutnya, sila klik

Showing 1 - 5 of 58 results.
Items per Page 5
of 12