PENGUMUMAN

Tiada Pengumuman

Soalan Lazim

Persoalan lanjut mengenai Repositori Dasar dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

Sistem RDPKPA dibangunkan sejak tahun 2017 bagi menyediakan satu platform dalam talian yang mengumpul semua Dokumen Dasar MAMPU. Sistem RDPKPA ini telah dibuka untuk capaian pengguna mulai 1 Januari 2021.

Perkhidmatan dalam talian ini dihasratkan untuk digunakan sebagai tempat rujukan oleh pegawai awam sama ada di peringkat persekutuan, negeri mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membuat rujukan berkenaan Dokumen Dasar yang dikeluarkan oleh MAMPU. 

Bagi carian secara umum, perkara utama yang diperlukan adalah mempunyai kata kunci (keyword) bagi Dokumen Dasar yang diperlukan. Sebagai contoh, sekiranya ingin mengakses Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2023 Garis Panduan Mekanisme Pelaksanaan Program Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA), kata kunci yang perlu dimasukkan adalah “AIPSA”.

Carian secara terperinci juga boleh dilakukan dengan memilih di antara lima (5) kategori carian yang disenaraikan iaitu:

i.   Tahun;

ii.  Sektor;

iii. Bidang Dokumen;

iv. Kategori; atau

v.  Status Dokumen.

Pengguna di kalangan pegawai awam mahupun orang awam tidak perlu log untuk memasuki portal Sistem RDPKPA sekiranya hanya mahu mengakses Dokumen Dasar seperti Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) dan Surat Arahan Ketua Pengarah (SAKP) MAMPU. Walau bagaimanapun, pengguna di kalangan warga MAMPU boleh memilih menu log masuk Portal Sistem RDPKPA sekiranya mahu mendapat akses penuh semua Dokumen Dasar dan lain-lain dokumen yang dimuat naik dalam sistem RDPKPA ini. Buat masa ini, pendaftaran log masuk bagi tujuan ini dikhususkan untuk warga MAMPU sahaja.

Selain daripada melakukan carian, pengguna juga boleh memuat turun Dokumen Dasar untuk rujukan pengguna selanjutnya. Walau bagaimanapun, bagi dokumen yang diklasifikasikan sebagai terhad, hanya pengguna yang mempunyai log masuk sahaja dibenarkan untuk mengakses dan memuat turun dokumen tersebut.