Antarabangsa
MAMPU menjalinkan hubungan yang aktif dengan pelbagai pertubuhan serantau dan antarabangsa. Hubungan antarabangsa di MAMPU merangkumi penyertaan MAMPU di dalam persidangan-persidangan antarabangsa. MAMPU juga turut menyelaras pemberian input serta penyertaan agensi-agensi Sektor Awam dan Swasta yang lain di dalam program yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan tersebut terutamanya di dalam program anugerah inovasi yang di adakan secara dwi tahunan.
Atas kewujudan hubungan serantau dan antarabangsa yang akrab ini, MAMPU sering kali menerima kunjungan delegasi-delegasi dari negara rantau Asia mahu pun dari seluruh pelosok dunia.
Penubuhan CAPAM adalah untuk meningkatkan lagi keberkesanan pentadbiran awam menerusi kerjasama dan perkongsian pengalaman di kalangan negara-negara Komanwel. CAPAM menfokuskan kepada usaha-usaha pembaharuan pentadbiran dan mewujudkan tadbir urus yang berkesan. |
Tujuan utama penubuhan COMNET-IT ini adalah untuk mengurangkan jurang digital di kalangan negara-negara Komanwel. Ditubuhkan pada November 1995, COMNET-IT adalah sebuah yayasan antarabangsa yang berdaftar di Malta. Penubuhannya ditaja secara bersama oleh Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malta |
Ditubuhkan pada Februari 1958, EROPA diwujudkan dengan bertujuan untuk menubuhkan satu institusi tetap bagi mempromosikan inisiatif tadbir urus yang baik di kalangan negara ahli. Bagi merealisasikan objektif tersebut, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya persidangan-persidangan serantau, seminar, program-program latihan, kajian dan sebagainya. |
|












