Sejarah | Perutusan | Sepintas Lalu | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Kod Etika | Bahagian | Warga MAMPU | Alamat | Antarabangsa | Kelab | PUSPANITA | Majlis Bersama Jabatan
| MAMPU Cawangan Sabah | Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT | |
Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT
Fungsi Bahagian
Seksyen Pengurusan Rangkaian ICT
- Menggubal, mendokumen dan menyebar polisi dan garis panduan mengenai infrastruktur, pelaksanaan dan penggunaan Rangkaian Kampus Putrajaya.
- Merancang, mengenalpasti dan melaksana projek-projek yang berpotensi meningkatkan infrastruktur rangkaian PCN.
- Merancang pelan pelaksanaan strategik bagi keperluan masa hadapan PCN seperti peningkatan kapasiti bandwith, peralatan dan teknologi.
- Merancang, menyelaras dan mengurus keperluan infrastruktur rangkaian bagi agensi-agensi Kerajaan di Putrajaya
- Menjalankan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan PCN.
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran dalam bidang rangkaian kepada semua agensi Kerajaan di Putrajaya.
- Merancang dan menyediakan peruntukan belanjawan
bagi keperluan Rangkaian Kampus Putrajaya.
Seksyen Pusat Data
- Menyedia dan mengurus perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi, e-mel serta laman web untuk agensi-agensi sektor awam.
- Menyedia dan mengurus perkhidmatan capaian ke internet bagi pengguna-pengguna PCN.
- Merangka dan menggubal polisi dan plan strategik bagi perkhidmatan shared services dan menguruskan operasi harian Pusat Data/ESM.
- Merangka pelaksanaan Standard Operating Environment (SOE) sektor awam.
- Merangka Standard Operating Procedure (SOP) serta lain-lain prosedur Pusat Data dan Enterprise System Management (ESM).
- Merancang dan menyelaras segala perkara yang berkaitan dengan keselamatan Pusat Data/ ESM.
- Merangka dan merancang kapasiti (capacity planning) Pusat Data/ESM.
- Mengurus peralatan-peralatan sokongan serta infrastruktur Pusat Data bagi Gateway yang diwujudkan.
- Merangka, menyelaras dan
memantau pengoperasian e-mel
bagi agensi Kerajaan.
Seksyen Pengurusan Perkhidmatan EG*NET dan PKI
EG*NET
- Merancang dan menyelaras keperluan perkhidmatan EG*Net bagi agensi-agensi yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik.
- Menyelaras keperluan integrasi rangkaian EG*Net dengan rangkaian agensi/negeri
- Merancang keperluan bajet keseluruhan projek dan bajet tahunan
- Mengurus kontrak perkhidmatan dan memastikan perkhidmatan mencapai tahap yang dijanjikan.
- Memantau kemajuan pelaksanaan perkhidmatan EG*Net (deployment status) dan membantu dalam menyelesaikan masalah dalam pelaksanaan.
- Memantau prestasi pelaksanaan perkhidmatan EG*Net (utilization dan availability) dan mengambil tindakan sewajarnya.
- Mengurus pembayaran kepada pembekal perkhidmatan
- Urus setia kepada Mesyuarat JK GITN dan JK Teknikal EG*Net
PKI
- Merancang dan menyelaras keperluan perkhidmatan PKI oleh agensi-agensi Kerajaan
- Memberi khidmat nasihat mengenai penggunaan PKI kepada agensi-agensi Kerajaan
- Merancang keperluan bajet keseluruhan projek dan bajet tahunan.
- Mengurus kontrak perkhidmatan dan memastikan perkhidmatan mencapai tahap yang dijanjikan.
- Memantau penyediaan perkhidmatan PKI oleh pihak pembekal
- Memantau penggunaan PKI oleh agensi-agensi Kerajaan
- Mengurus pembayaran kepada pembekal perkhidmatan
- Urus setia kepada mesyuarat perkhidmatan PKI.
Seksyen Perhubungan Pelanggan
- Merancang dan mengurus perhubungan komunikasi dengan agensi-agensi Kerajaan berhubung perkhidmatan guna sama.
- Merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti EG Help Desk.
- Merancang, melaksana dan menilai integrasi sistem Help Desk di antara sistem-sistem aplikasi EG yang dikenalpasti.
- Mengurus dan mentadbir kontak perkhidmatan di bawah Bahagian Perkhidmatan Guna Sama (BPS).
- Menerima aduan mengenai masalah atau permohonan bagi khidmat bantuan teknikal dari pegawai-pegawai MAMPU, pengguna aplikasi kerajaan elektronik dan pengguna perkhidmatan rangkaian kampus Putrajaya.
- Mengurus dan memantau segala aduan sehingga mencapai penyelesaian.
- Menyediakan dan mengemaskini pangkalan data pengetahuan (knowledge base) bagi menyokong perkhidmatan Meja Bantuan.
- Memberi khidmat nasihat mengenai perkhidmatan perkongsian kepada agensi yang memerlukan.
- Menguruskan urusan pembayaran bil perkhidmatan untuk BPGICT.
Unit Khidmat Sokongan
Memberi khidmat sokongan kepada semua aktiviti utama di seksyen dalam bahagian iaitu;
• pengurusan kewangan
• pengurusan pentadiran
• pengurusan kualiti
• pengurusan perkhidmatanKemaskini : 22 September 2008








