Bahagian Dasar dan Pengurusan Kualiti
Pengenalan
Bahagian Dasar dan Pengurusan Kualiti ini diketuai oleh seorang Pengarah PTD Gred M54.
Bahagian ini terdiri daripada tiga seksyen iaitu Seksyen Pembangunan Program Kualiti, Seksyen Penilaian Anugerah-anugerah Kualiti dan Seksyen Khidmat Nasihat Program Kualiti.
Ketiga-tiga seksyen ini masing-masing diketuai oleh Timbalan Pengarah PTD Gred M52.
Objektif
Meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam melalui:
- Menjana idea-idea baru mengenai pengurusan kualiti untuk diterima pakai dalam Perkhidmatan Awam dan menggubal dasar pelaksanaan program kualiti;
- Memberikan khidmat nasihat kepada agensi Kerajaan dalam pelaksanaan program kualiti Perkhidmatan Awam;
- Mempromosikan kualiti dengan memberi taklimat/ceramah mengenai program-program kualiti dalam Perkhidmatan Awam;
- Menjalankan penilaian anugerah dan mengendalikan Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam seperti Anugerah Kualiti Perdana Menteri Sektor Awam (termasuk AKPA), AKKSUKK, Anugerah Inovasi dan sebagainya; dan
- Memantau dan melaporkan kemajuan pelaksanaan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam.
Fungsi-fungsi seksyen
Seksyen Pembangunan Program Kualiti
- Mencetus dan membangunkan idea-idea baru bagi meningkatkan kualiti di agensi-agensi Kerajaan;
- Mempromosi dan menyebarkan idea-idea baru bagi meningkatkan kualiti di agensi-agensi Kerajaan; dan
- Melaksanakan idea-idea baru bagi meningkatkan kualiti di agensi-agensi Kerajaan
Seksyen Penilaian Anugerah-anugerah Kualiti
- Urusetia Anugerah bagi penilaian anugerah dan pengendalian majlis penyampaian anugerah bagi anugerah-anugerah berikut:
o Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM)/Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam (AKPA);
o Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA)/Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Di antara Sektor Awam dan Sektor Swasta (AIPB); dan
o Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan (AKKSUKK);
o Menjadi Ahli Panel bagi program Anugerah KMK/ Anugerah Inovasi / Anugerah Kualiti yang dianjurkan oleh agensi-agensi di peringkat Jabatan / Kementerian / Negeri
Seksyen Khidmat Nasihat Program Kualiti
- Memberi khidmat nasihat dalam program kualiti seperti MS ISO 9000 kepada agensi-agensi Kerajaan;
- Memberi ceramah/taklimat mengenai program kualiti seperti Pengukuran Prestasi Agensi Kerajaan, KMK, TQM, Pengurusan Mesyuarat yang berkesan, Sistem Pengurusan Fail, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja kepada agensi-agensi Kerajaan;
- Memproses permohonan perlantikan perunding swasta daripada agensi-agensi Kerajaan bagi pelaksanaan MS ISO 9001:2000;
- Memproses permohonan untuk peralatan pejabat;
- Memantau kemajuan pelaksanaan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam; dan
- Mewakili MAMPU dalam Jawatankuasa Kebangsaan dan Jawatankuasa Teknikal ISO/TC 176 mengenai standard-standard ISO.





