Bahagian Dasar dan Perancangan ICT
Pengenalan
Bahagian Teknologi Maklumat MAMPU telah ditubuhkan pada tahun 1984 bagi menyelaras pembangunan IT di Sektor Awam. Penumpuan aktiviti Bahagian ini ialah di dalam memberi khidmat nasihat teknikal dan meluluskan projek-projek IT agensi-agensi Kerajaan.
Pada tahun 1987, Bahagian Pengembangan IT Sektor Awam telah ditubuhkan yang terdiri daripada tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Penyelarasan yang meneruskan tugas-tugas Bahagian Teknologi Maklumat, Seksyen Operasi dan Bantuan Teknikal yang menyediakan kemudahan-kemudahan IT untuk Bahagian-bahagian di MAMPU dan Seksyen Pembangunan dan Penyelidikan (R & D) yang menjalankan kajian-kajian berhubung dengan dasar, standard dan keselamatan IT.
Dengan penyusunan semula Bahagian-bahagian di MAMPU pada tahun 2000, Bahagian ini telah ditukar nama kepada Bahagian Dasar dan Perancangan ICT.
Bahagian ini dibahagikan kepada tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Dasar, Seksyen Pembangunan ICT Agensi dan Seksyen Perancangan dan Penyelarasan.
Wawasan Bahagian Dasar dan Perancangan ICT adalah mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang berkualiti melalui Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) selaras dengan peranan MAMPU sebagai agensi yang unggul dalam perancangan dan pelaksanaan IT di Sektor Awam
Objektif
Merancang, menyelaras, dan memantau pembangunan ICT Sektor Awam ke arah penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap dan berkualiti.
Fungsi Bahagian
Fungsi BDPICT ialah:
-
Merangka program bagi meningkatkan keberkesanan perancangan ICT di peringkat agensi, di antara agensi dan kebangsaan;
-
Menyelaras pelaksanaan projek ICT agensi-agensi Sektor Awam;
-
Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi-agensi Sektor Awam dalam melaksanakan projek-projek ICT;
-
Menjalankan kajian-kajian ICT bagi mengenal pasti dasar dan garis panduan untuk menyokong pembangunan ICT Sektor Awam; dan
-
Membantu agensi-agensi Sektor Awam dalam pembangunan dan pelaksanaan projek-projek khas bagi mencapai objektif Kerajaan Elektronik
Fungsi Seksyen Dasar
- Menjadi urus setia Jawatankuasa-Jawatankuasa/Panel-Panel
- Jawatankuasa IT & Internet Kerajaan (JITIK)
- Jawatankuasa Data Dictionary Sektor Awam (J/K DDSA)
- Merangka dan menyelaras program pelaksanaan ICT Sektor Awam melalui Pelan Strategik ICT (ISP) Sektor Awam.
- Menetapkan hala tuju perancangan, strategi pembangunan dan pelaksanaan projek-projek ICT untuk menyokong pencapaian visi sesuatu agensi sektor awam melalui pembangunan ISP Agensi.
- Mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan ICT bagi merangka dasar dan standard ICT Sektor Awam
- Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
Seksyen Pembangunan ICT Agensi
- Kelulusan permohonan projek ICT agensi kerajaan
- Pemantauan pelaksanaan projek ICT Kerajaan
- Keahlian Mesyuarat J/K Pemandu Pengkomputeran di Kementerian/Agensi
- Penyediaan garispanduan bagi Key Performance Indicator (KPI) bagi projek ICT
- Menjalankan kajian khusus yang ditentukan dari masa ke semasa seperti :
- Menjalankan kajian ‘Perbandingan Kaedah Perolehan Komputer Melalui Belian Atau Sewaan’
- Melaksanakan projek perkongsian pintar tertentu seperti :
- Land Application Monitoring System (LAMS)
- eSyariah
- Sistem Perakaunan Standard bagi Badan-badan Berkanun Persekutuan (SAGA)
- Mesyuarat Malaysian EDIFACT Committee (MEC)
Seksyen Perancangan dan Penyelarasan
- Melaksanakan Program Open Source Software (OSS) Sektor Awam
- Pembangunan dan Pelaksanaan Pelan Induk OSS Sektor Awam
- Pewujudan Pusat Kompetensi OSS
- Penyediaan Dasar, Standard dan Garis Panduan Berkaitan Penggunaan OSS
- Perlaksanaan Projek Perintis
- Menjadi urus setia Jawatankuasa-Jawatankuasa/Panel-Panel
- Jawatankuasa Perunding ICT
- Jawatankuasa Perkongsian Pintar
- Panel Penilai Anugerah-anugerah Asia Pacific ICT Award (APICTA) Malaysia, APICTA International dan PIKOM-Computimes IT
- Urus Setia Tabung Amanah Teknologi Maklumat Negara (TATMN)
- Merangka dan menyelaras pelaksanaan program-program ICT sektor awam
- Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Sektor Awam
- Program Perkongsian Pintar
- Majlis ICT Negeri
- Melaksanakan Projek-projek Khas ICT
- Pembangunan ICT Pulau Pinang
- Pembangunan ICT Negeri Sembilan
- Projek E-Perkhidmatan Awam
- Projek e-Komuniti
- Projek Pusat Kawal Selia Bandaraya Cyberjaya





