Soalan Lazim
eKerajaan
GOE-EGDMS |
|
| 1. | Apakah fungsi sistem GOE-EGDMS? |
Sistem GOE EGDMS adalah satu sistem aplikasi yang
berupaya membantu para pengguna menguruskan dokumen dengan lebih efektif
dan efisien. Ia adalah aplikasi yang berasaskan web dan telah diubahsuai
berdasarkan aplikasi DRDok yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.
Sistem ini membolehkan penyediaan, penyimpanan, pencarian, dan capaian dokumen dilakukan dengan lebih efisien, cepat dan produktif. |
|
2. |
Siapakah yang akan mengemaskinikan dokumen-dokumen tersebut? |
Pemilik dokumen mempunyai
kuasa penuh untuk melakukan apa saja proses ke atas dokumen mereka. Malah,
pemilik dokumen juga boleh memberi kebenaran kepada kakitangan lain bagi
melakukan proses seperti melihat dan mengemas kini dokumen. Dokumen yang
dihantar bagi tujuan kelulusan, secara automatik, boleh di kemas kini
oleh penerima. Di samping pemberian hak kebenaran secara manual, sistem
juga memberikan hak kebenaran secara automatik bergantung kepada polisi
yang ditetapkan oleh sesuatu agensi. |
|
3. |
Bagaimanakah dokumen dimasukkan ke dalam GOE-EGDMS? |
Dokumen boleh dimasukkan
melalui proses:
|
|
4. |
Apa yang akan berlaku kepada dokumen fizikal? |
| Dokumen fizikal akan disimpan ke dalam fail fizikal.
Hanya dokumen elektronik akan diedarkan kepada pegawai -pegawai yang berkenaan.
Ini dapat memastikan penjimatan kertas (tidak perlu membuat salinan) dan
penghantaran dokumen yang lebih efektif dan efisien. |
|
5. |
Siapa yang bertanggungjawab untuk imbas dan menyimpan dokumen fizikal? |
Pihak agensi perlu mengenal
pasti kakitangan yang akan bertanggungjawab untuk mengimbas dan menyimpan
dokumen fizikal. Sebagai contoh, di MAMPU, kerani fail bertanggungjawab
untuk melakukan tugas berkenaan. |
|
PERANCANGAN ICT |
|
1. |
Apakah tujuan ISP Agensi? |
| Tujuan ISP agensi adalah seperti berikut: Menentukan halatuju perancangan dan strategi pembangunan dan pelaksanaan projek-projek ICT untuk menyokong bisnes teras agensi sektor awam Mengelakkan projek ICT dilaksanakan secara ‘ad-hoc’ tanpa perancangan yang teliti; Memastikan pembangunan ICT di agensi selari dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam secara khusus dan agenda pembangunan Negara secara amnya. |
|
2. |
Adakan ISP akan memberi faedah kepada agensi? |
| Ya. Dengan adanya ISP, agensi dapat merancang
projek-projek ICT bagi menyokong objektif sesuatu agensi. Di dalam proses
penyediaan ISP, penilaian persekitaran bisnes dan ICT agensi akan dibuat.
Perancangan juga dibuat berdasarkan input dari pengguna. |
|
3. |
Berapa lamakah jangkamasa perancangan yang kebiasaannya diliputi oleh ISP agensi? |
ISP agensi disyorkan meliputi
perancangan ICT bagi 3-5 tahun. ISP agensi adalah dokumen yang perlu dikemaskini
mengikut perancangan semasa dan perlu disediakan secara berterusan. Adalah
dicadangkan agensi agar menjalankan review ke atas ISP mereka secara tahunan
atau pun apabila terdapat perubahan kepada strategi bisnes agensi. |
|
4. |
Perlukah agensi memohon kelulusan dari Jawatankuasa Teknikal IT (JTIT) di MAMPU bagi projek-projek ICT yang dinyatakan di dalam ISP Agensi? |
Ya. Agensi-agensi perlu
mengemukakan permohonan perolehan ICT mereka kepada JTIT di MAMPU untuk
kelulusan walaupun telah dinyatakan di dalam ISP. JTIT akan merujuk kepada
ISP agensi untuk memastikan projek-projek berkaitan termasuk di dalam
perancangan agensi. |
|
5. |
Bagaimanakah ISP disediakan bagi sebuah Kementerian yang mempunyai beberapa agensi di bawahnya? Adakah mencukupi satu ISP yang bersepadu disediakan bagi Kementerian dan semua agensinya, atau setiap agensi menyediakan ISP yang berasingan? |
Penyediaan ISP bagi Kementerian
dan agensi-agensi di bawahnya digalakkan dijalankan secara bersepadu untuk
memastikan ia selari. Berdasarkan norma bisnes Kementerian yang lebih
kepada polisi dan dasar manakala norma bisnes agensi yang lebih bersifat
pengoperasian, Kementerian dan agensi perlu mempunyai ISP yang berasingan.
Walau bagaimanapun agensi perlu memastikan ISPnya selari dengan ISP Kementerian
dan mempunyai hubung kait. |
|
6. |
Bolehkah agensi membangunkan ISP secara dalaman atau perlu menggunakan khidmat perunding? |
Ya. Agensi boleh membangunkan
ISP mereka sendiri secara dalaman atau pun menggunakan khidmat perunding.
Agensi perlu merujuk kepada Surat Pekeliling Perbendaharan Bil 3 Tahun
1995 untuk mematuhi prosedur mendapatkan khidmat perunding bagi membangunkan
ISP. |
|
7. |
Berapakah anggaran kos penyediaan sesuatu ISP? |
Kos penyediaan ISP adalah
bergantung pada skop yang dirangkumi oleh kajian tersebut. |
|
8. |
Apakah fungsi Jawatankuasa Teknikal IT (JTIT)?
|
Fungsi utama jawatankuasa
ini ialah untuk meneliti dan memberikan pandangan teknikal ke atas projek-projek
ICT yang dicadangkan oleh agensi-agensi bertujuan untuk memperoleh sistem,
perkakasan dan perisian ICT |
|
9. |
Siapakah ahli JTIT?. |
| Keahlian JTIT
Pengerusi: Ahli Tetap:
|
|
10. |
Bagaimana cara mengemukakan permohonan? |
Kertas permohonan hendaklah
dikemukakan terlebih dahulu untuk kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT di
peringkat Kementerian. Permohonan yang diluluskan hendaklah dikemukakan
kepada Urus setia JTIT di MAMPU.
Permohonan yang bernilai kurang daripada RM2.5 juta akan dipertimbangkan oleh Urus setia JTIT. Permohonan yang akan dibawa untuk pertimbangan JTIT (RM2.5juta atau lebih) hendaklah dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya 3 minggu sebelum dari tarikh mesyuarat JTIT yang ditetapkan. Format kertas permohonan hendaklah berpandukan kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2000:“Peranan Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK)” Lampiran D . |
|
11. |
Apakah alamat Urus setia JTIT? |
| Kertas permohonan yang telah lengkap hendaklah
dikemukakan kepada:
Urus setia JTIT |
|
12. |
Apakah perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian sebelum kertas cadangan projek ICT dikemukakan? |
Agensi perlu memastikan
cadangan projek ICT dibuat secara terancang dan telah mendapat kelulusan
daripada jawatankuasa berkaitan Agensi masing-masing. Peruntukan yang
mencukupi bagi pelaksanaan projek juga hendaklah disediakan |
|
13. |
Bagaimana aplikasi Perkongsian Pintar ini boleh menjimatkan kos pembangunan sistem di agensi saya? |
Perkongsian Pintar membolehkan
agensi-agensi berkongsi aplikasi sistem yang memenuhi spesifikasi keperluan
agensi masing-masing secara percuma. Bayaran hanya akan dikenakan untuk
perkhidmatan vendor sahaja sekiranya sistem dibangunkan oleh vendor. |
|
14. |
Apa arah tuju Kerajaan mengenai penggunaan Open Source? |
MAMPU akan menyediakan satu
pelan pelaksanaan Linux/OSS di sektor awam. Pelan tersebut akan menggariskan
arah tuju strategik dan rangka kerja bagi pelaksanaan secara berperingkat
supaya objektif kerajaan melaksanakan Linux/OSS tercapai.Dalam penyediaan
pelan tersebut, thrust areas, projek pilot, keperluan sokongan teknikal
dan tindakan yang harus diambil bagi melaksanakan Linux/OSS di sektor
awam juga akan dikenalpasti. |
|
15. |
Adakah sesuatu dasar telah digubal mengenai penggunaan Open Source? |
Kerajaan telah bersetuju
dengan penggunaan Open Source dalam sektor awam dan MAMPU sedang berusaha
melaksanakan keputusan tersebut. Diantara langkah-langkah yang akan diambil
oleh MAMPU ialah penentuan dasar dan piawaian yang berpatutan dan seterusnya
mengedarkan pekeliling dan garispanduan berkaitan pelaksanaan Linux/OSS
kepada agensi sektor awam. |
|
16. |
Adakah semua agensi sektor awam dikehendaki menggunakan Open Source? |
Agensi Kerajaan digalakkan
mempertimbangkan penggunaan Open Source di mana ia boleh menyumbangkan
kepada pencapaian objektif kerajaan melaksanakan Linux/OSS. Rancangan
dan tindakan berkaitan yang diambil oleh agensi harus mengikut prinsip-prinsip
asas dalam pelaksanaan Linux/OSS. |
|
17. |
Apa tanggungjawab seorang CIO? |
CIO adalah bertanggungjawab
untuk visi, arahtuju, dasar, garis panduan, perancangan dan penyelarasan
bidang ICT di agensi masing-masing.CIO bertanggungjawab terus kepada Ketua
Setiausaha atau Ketua Jabatan/Agensi dan menganggotai jawatankuasa utama
agensi yang menggubal dasar.CIO juga dikehendaki meninjau dan meluluskan
pelan dan peruntukan ICT agensi. Bagi agensi yang kecil, CIO juga akan
mengetuai Bahagian yang menyediakan perkhidmatan ICT agensi – pembangunan
sistem, operasi dan bantuan teknikal. |
|
18. |
Apakah fungsi CCC kepada masyarakat amnya? |
Sebagai pusat kawal selia
bandaraya yang memainkan peranan penting dalam pembangunan industri teknologi
maklumat dan komunikasi ICT di Malaysia serta mewujudkan masyarakat yang
berpengetahuan iaitu dengan berinteraksi secara berangkaian dengan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam semua aspek aktiviti harian. |
|
19. |
Siapakah yang bertanggungjawab mengendalikan operasi CCC? |
| Majlis Daerah Sepang (MDS) | |
PERUNDINGAN PENGURUSAN |
|
1 |
Apakah fokus kajian MAMPU? |
Fokus kajian MAMPU ialah
pengurusan organisasi dan pengurusan kewangan. Ia meliputi aspek strategi,
struktur, sistem kerja, usaha meningkatkan kompetensi kakitangan, kepemimpinan,
serta ICT dan peralatan automasi pejabat.
Kajian MAMPU tidak menyentuh tentang aspek perjawatan
yang memperakukan pertambahan kakitangan. |
|
2. |
Apakah bentuk kajian yang dijalankan oleh MAMPU? |
Kajian MAMPU terdiri daripada:
|
|
3. |
Bagaimanakah agensi-agensi Kerajaan boleh mendapatkan khidmat MAMPU untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi mereka? |
Atau
|
|
4. |
Apakah kriteria yang digunakan oleh MAMPU
untuk bersetuju dengan permohonan agensi bagi menjalankan kajian? |
Biasanya MAMPU akan mendapatkan
persetujuan Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) atau Y Bhg Ketua
Setiausaha Negara sebelum memulakan sesuatu kajian |
|
5. |
Siapakah yang meluluskan perakuan kajian MAMPU? |
Semua perakuan dalam kajian
MAMPU harus mendapat kelulusan Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL)
atau Y Bhg Ketua Setiausaha Negara sebelum disampaikan kepada agensi yang
berkaitan |
|
6. |
Berapakah lama masa yang diperlukan oleh MAMPU untuk menjalankan kajian? |
6 – 9 bulan atau satu
tempoh yang dipersetujui bersama antara MAMPU dengan Agensi Pemohon. |
|
7. |
Bolehkah agensi mendapatkan bantuan pihak perunding swasta untuk menjalankan kajian tentang organisasi mereka? |
Boleh dengan syarat:
|
|
INSPEKTORAT PENGURUSAN |
|
1. |
Apakah tujuan lawatan inspektorat dilakukan? |
Lawatan inspektorat dilakukan
adalah bersifat developmental untuk cuba memperbaiki keadaan yang sedia
ada bersama agensi yang dilawati melalui tindakan seperti memeriksa, mengesan
dan membantu jabatan-jabatan Kerajaan dalam pelaksanaan Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam (PKPA) dan bukan untuk mencari kesalahan. MAMPU memberi
perhatian kepada peranan mengenal pasti kelemahan dan masalah pelaksanaan
usaha-usaha kemajuan pentadbiran dan seterusnya membantu agensi mengatasinya;
|
|
2. |
Apakah kriteria yang digunakan oleh MAMPU untuk membuat lawatan inspektorat ke agensi-agensi Kerajaan? |
|
|
3. |
Apakah bidang yang diberi tumpuan dalam lawatan inspektorat tersebut? |
| Biasanya lawatan inspektorat MAMPU memberi tumpuan
kepada perkara-perkara berikut: i. Tahap perkhidmatan Kaunter; |
|
4. |
Siapakah yang meluluskan lawatan pasukan inspektorat? |
|
|
5. |
Berapa lama masa yang diperlukan untuk lawatan inspektorat? |
| Lebih kurang dua bulan. | |
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM |
|
1. |
Apakah prinsip pemberian APC mengikut PKPA Bil. 2 Tahun 2002? |
PKPA Bil. 2 Tahun 2002 menegaskan
semula prinsip bahawa APC adalah satu insentif kepada anggota Perkhidmatan
Awam yang bertujuan mengiktiraf prestasi kerja anggota berkenaan disamping
mengambil kira sumbangan istimewa anggota itu dalam menaikkan imej organisasi
dan Perkhidmatan Awam. Mulai tahun 2003, pemberian APCtidak lagi dikaitkan
dengan pergerakan gaji seseorang anggota Perkhidmatan Awam. |
|
2. |
Siapakah yang layak dipertimbangkan untuk pemberian APC? |
Mereka yang layak dipertimbangkan
adalah terdiri daripada anggota Perkhidmatan Awam dalam semua kumpulan,
gred dan kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa melantik,
termasuk pihak yang diwakilkan kuasa oleh pihakberkuasa melantik berkenaan
untuk berkhidmat dengan agensi awam sama ada secara tetap, sementara atau
kontrak dan telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun penuh pada hari
terakhir tahun penilaian yang berkenaan. |
|
3. |
Adakah pemberian APC ini hanya boleh dinikmati oleh anggota Perkhidmatan Awam yang telah bersetuju menerima Sistem Saraan Malaysia? |
Tidak. APC boleh dinikmati
oleh semua anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat secara tetap, sementara
atau kontrak, tidak kira sama ada mereka berada di atas tangga gaji dan
syarat-syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976,
Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia. |
|
4. |
Adakah Pegawai Sangkut, Pegawai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) dan Pekerja Khidmat Singkat layak dipertimbangkan untuk menerima APC? |
| Mereka tidak layak dipertimbangkan untuk menerima
APC. |
|
5. |
Apakah asas pertimbangan seseorang anggota Perkhidmatan Awam untuk menerima APC? |
Pertimbangan adalah berasaskan
penilaian prestasi tahunan seseorang anggota Perkhidmatan Awam bagi tahun
yang berkenaan. Anggota yang memperolehi markah 85 peratus dan lebih dalam
penilaian prestasi tahunan adalah layak untuk dipertimbangkan. |
|
6. |
Apakah insentif yang disediakan di bawah pemberian APC yang baru ini? |
| Insentif dan hadiah mengikut pemberian APC yang
baru adalah seperti berikut: (a) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; |
|
7. |
Memandangkan kaedah pemberian APC mengikut PKPA Bil. 2 Tahun 2002 akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2003, bagaimanakah pelaksanaan APC bagi tahun penilaian 2002? |
APC bagi tahun penilaian
2002 akan dilaksanakan mengikut dasar dan kaedah baru yang ditetapkan
oleh PKPA Bil. 2 Tahun 2002. Walau bagaimanapun oleh kerana borang laporan
penilaian prestasi yang baru di bawah Sistem Saraan Malaysia hanya akan
diguna pakai mulai tahun 2003, maka bagi tahun penilaian 2002, pemberian
APC ini hendaklah menggunakan asas penilaian prestasi anggota berdasarkan
borang laporan penilaian prestasi tahunan yang diguna pakai untuk tahun
2002. |
|
8. |
Adakah jumlah penerima APC bagi sesuatu agensi dihadkan mengikut kuota tertentu? |
| Bilangan penerima APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah anggota yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun sesuatu agensi tidak semestinya memenuhi had maksimum ini jika jumlah anggota yang layak tidak mencukupi. | |
9. |
Bagaimanakah sekiranya tiada terdapat calon yang layak bagi sesuatu tahun? |
Sekiranya PPSM yang berkenaan
mendapati bahawa tiada terdapat seorang pun calon yang layak untuk menerima
APC bagi sesuatu tahun, maka agensi berkenaan tidak perlu melaksanakan
APC bagi tahun berkenaan. |
|
KEUTUHAN PENGURUSAN |
|
1. |
Apakah objektif penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK)? |
Mewujudkan pentadbiran Kerajaan
dan Perkhidmatan Awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti
yang paling tinggi dengan mempertingkatkan amalan-amalan nilai-nilai murni
di samping berusaha mengatasi masalah-masalah dan kelemahan terutamanya
dalam pengurusan kewangan Kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes
tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah
oleh peraturan, perundangan serta agama. |
|
2. |
Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)? |
Berikutan dengan Arahan
Y.A.B. Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998 mengenai Gerakan Pemantapan Keutuhan
Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Di Peringkat Persekutuan Negeri
dan Daerah, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) telah ditubuhkan supaya
agensi-agensi Kerajaan Malaysia dapat mempertingkatkan secara dalaman,
menyeluruh, sistematik dan berkesan dalam usaha-usaha pembanterasan rasuah
dan penyelewengan di kalangan pegawai badan awam. |
|
3. |
Apakah tujuan penubuhan Pasukan Khas Perunding Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (PKP JKP)? |
Membantu JKKMKPK di dalam
membuat penghuraian, penganalisisan dan mengemukakan cadangan-cadangan
penyelesaian terhadap isu-isu dan masalah-masalah yang dibangkitkan dalam
Laporan Maklum balas JKP di peringkat persekutuan dan negeri. |
|
4. |
Bagaimana hendak mempertingkatkan kecekapan dan keutuhan jentera kerajaan dengan memberi perhatian kepada keberkesanan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)? |
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan
(JKP) telah ditubuhkan di semua peringkat pentadbiran pusat, negeri dan
daerah (Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998 yang dilancarkan oleh
YAB Perdana Menteri pada 8 Januari 1998). JKKMKPK di peringkat tertinggi
dan JKP di semua peringkat pentadbiran kementerian, jabatan, Kerajaan
Negeri dan daerah adalah merupakan struktur bersepadu di bawah Gerakan
Pemantapan Keutuhan. Menerusi strategi bertindak di bawah sistem pelaporan
dan pemantauan setiap tiga bulan yang kemas, sistematik dan berterusan
di antara peringkat tertinggi dengan semua peringkat di bawahnya, Kerajaan
dapat memastikan kecekapan dan keutuhan jentera kerajaan dan seterusnya
memastikan mutu Perkhidmatan Awam terus unggul. |
|
5. |
Dalam usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian (delivery system) Kerajaan, di manakah kedudukan sistem nilai dalam proses membuat keputusan? |
Kerajaan sentiasa mengutamakan
sistem nilai dalam usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian
Kerajaan. Dalam memantapkan mekanisme pelaksanaan program-program nilai,
Kerajaan telah memperkenalkan beberapa program penerapan nilai-nilai murni.
Di antaranya ialah memastikan semua Jabatan Kerajaan mempunyai Kod Etika Jabatan yang menetapkan nilai teras dan nilai kembangan sebagai panduan asas anggota organisasi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kerajaan juga telah memperkenalkan program penerapan akhlak dan nilai murni menerusi modul latihan Pengurusan Integriti untuk semua peringkat perkhidmatan dan memasukkan elemen nilai murni dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi. |
|
PENGURUSAN KUALITI |
|
1. |
Bagaimanakah agensi Kerajaan boleh mendapatkan khidmat Perundingan bagi melaksanakan MS ISO 9000:2000? |
Agensi boleh melantik Syarikat
Perunding swasta yang berdaftar dengan MAMPU untuk membantu dalam pelaksanaan
standard ini. Kos pelantikan akan dibiayai oleh agensi sendiri. Agensi
perlu mendapat kelulusan MAMPU sebelum pelantikan dibuat. Senarai Syarikat Perunding Swasta yang berdaftar di MAMPU boleh diperolehi melalui laman web MAMPU di http://www.mampu.gov.my. |
|
2. |
Apakah tindakan agensi seterusnya selepas dokumentasi MS ISO 9000 telah siap untuk diaudit? |
Agensi boleh memohon untuk
pengauditan bagi tujuan Persijilan dengan Badan Persijilan swasta yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan diakreditasikan oleh Jabatan
Standard Malaysia. Kos pengauditan akan dibiayai oleh agensi sendiri.
Senarai Badan Persijilan boleh diperolehi melalui laman web MAMPU di http://www.mampu.gov.my. Agensi yang telah mendapat Sijil MS ISO 9000:2000 hendaklah
memaklumkan kepada MAMPU dengan menghantar satu salinan Sijil berkenaan
kepada pihak MAMPU |
|
3. |
Bolehkah agensi Kerajaan yang telah mempunyai Sijil MS ISO 9000:1994 melaksanakan peralihan ke standard versi 2000 tanpa menggunakan khidmat Syarikat Perunding Swasta? |
Agensi Kerajaan yang telah
mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan MS ISO 9000:1994 boleh beralih
ke standard baru versi 2000 sekiranya pengurusan atasan dan pasukan pelaksana
mempunyai komitmen yang tinggi untuk melaksanakannya. Pihak MAMPU boleh
dihubungi untuk mendapatkan latihan pendedahan dan cara pelaksanaannya. |
|
KESELAMATAN ICT |
|
1. |
Apakah itu keselamatan komputer? |
Amalan melindung sistem
komputer dari kegagalan, ancaman, risiko dan kelemahan dari pelbagai sudut
seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang
boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara
tidak sah, kemusnahan atau denial-of-service. |
|
2. |
Apakah keselamatan sistem komputer? |
Ini adalah merupakan langkah-langkah
pelindungan keselamatan yang berasaskan teknologi termasuk prosedur pengurusan
yang dibentuk untuk melindung aset ICT. |
|
3. |
Apakah keterdedahan maklumat? |
| Maklumat yang di lindung atau dikawal edarannya
didedahkan secara tidak sah atau hilang kawalan terhadap maklumat sensitif. |
|
4. |
Apakah penyulitan maklumat? |
Ianya penukaran data atau
mesej kepada bentuk kod sulit yang hanya boleh dibaca atau difahami oleh
penerima maklumat / mesej tersebut. |
|
5. |
Apakah itu nyah sulit maklumat? |
| Pemulihan data yang telah dikodkan kepada bentuk
asal. |
|
6. |
Apakah itu hacker? |
Seorang yang cuba memecah
masuk ke dalam sistem komputer (sama ada berjaya atau gagal) yang ianya
tidak diberi kuasa untuk mengakses sistem tersebut. |
|
7. |
Apakah insiden keselamatan ICT? |
Ini bermaksud musibah yang
berlaku ke atas sistem ICT atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut.
Ia juga boleh merupakan sesuatu perbuatan yang melanggar dasar keselamatan
ICT sama ada yang ditetapkan secara tersurat atau tersirat. |
|
8. |
Apakah itu Masquerade? |
Sejenis ancaman keselamatan
yang berpunca bila seorang pengguna atau entiti menyamar sebagai seorang
pengguna atau entiti yang sah. |
|
9. |
Apakah itu kata laluan? |
Serangkai perkataan atau
ayat yang digunakan untuk mengesahkan pengguna atau sumber ICT. |
|
10. |
Apakah itu audit keselamatan ICT? |
Merupakan pemeriksaan ke
atas prosedur serta langkah keselamatan ICT untuk menilai kepatuhan dan
kesempurnaan terhadap dasar keselamatan ICT. |
|
11. |
Apakah itu kawalan keselamatan ICT? |
Merupakan teknik dan kaedah
bagi memastikan hanya pengguna yang sah dan telah diberi kuasa dapat mengakses
sistem maklumat dan aset ICT. |
|
12. |
Apakah itu maklumat sensitif? |
Ini adalah maklumat yang
telah ditakrif sebagai perlu diberi pelindungan atau maklumat yang dikawal
edarannya |
|
13. |
Apakah itu malicious code? |
Malicious Code adalah kod
program yang dicipta khusus untuk mengakibatkan kerosakan, kemusnahan
atau kesukaran kepada perjalanan lancar sistem ICT. Tafsiran malicious
code termasuk virus, worm, trojan horse dan logic bomb. |
|
14. |
Apakah itu virus? |
Virus adalah perisian yang
boleh memusnahkan kandungan cakra serta memadamkan fail dan program dalam
memori. Ciri utama virus adalah ia boleh mewujudkan replika baru dan “menjangkiti”
program-program lain dengan menyangkutkan dirinya kepada program-program
tersebut. Virus disebarkan melalui perkongsian program, e-mel, dokumen
dan media yang “tercemar”. |
|
15. |
Apakah itu Trojan Horse? |
Merupakan sebahagian daripada
program komputer yang mempunyai fungsi yang biasanya boleh digunakan,
tetapi kod Trojan Horse mempunyai fungsi yang tersorok. Apabila aktif,
fungsi tersebut melakukan aktiviti terlarang. Trojan Horse biasanya disebarkan
melalui lampiran kepada e-mel dan muat turun melalui internet. |
|
|
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my
Tarikh Kemaskini : 10 March 2010
Bil. Pelawat/Visitor No


















