Kelab Sukan dan Kebajikan MAMPU
Pengenalan
| Pengerusi | : | - |
| Naib Pengerusi | : | En. Osman Abd. Aziz |
| Bendahari | : | Puan Azizah binti Sunar |
| Pen. Bendahari | : | - |
| Setiausaha | : | En. Amri Jamil |
| Pen. Setiausaha | : | Cik Wan Azlin Zurita Wan Ahmad |
| Ahli Jawatankuasa | : | En. Suhaime Mahbar |
| En. Puad Zainal Abidin | ||
| En. Nor Aminuddin bin Nor @ Norani | ||
| En. Wan Yusran Naim Zainal Abidin | ||
| En. Ahmad Termizi Ismail | ||
| En. Hatin Ahmad | ||
| Puan Rohayati Abdullah | ||
| Cik Hasliza Mohd Hasan | ||
| Cik Nurizan Latif |
| Juru Audit | : | En. Idris Mohamad |
| En. Che Leman bin Hamzah | ||
Kemaskini : 25 Julai 2008 |
Bagi memastikan pengurusan kelab berjalan dengan lancar beberapa biro telah diwujudkan yang dipengerusikan oleh ahli Jawatankuasa Kerja seperti berikut :-
a) Biro Sukan
Peranan dan Fungsi Biro Sukan
Biro Sukan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program sukan dalaman dan di luar MAMPU. Jawatankuasa ini juga terlibat secara langsung dalam menganjurkan Bulan Sukan MAMPU sempena sambutan Hari Keluarga MAMPU yang merupakan acara tahunan MAMPU.
Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
1) Latihan SukanBadminton adalah salah satu sukan yang popular di kalangan ahli Kelab dan sering mengadakan latihan dan perlawanan di Dewan Serbaguna di Presint 8 atau Presint 16. Latihan ping pong pula diadakan setiap hari di Aras bawah Blok B2. Kelab juga telah memperkenalkan latihan tenis di gelanggang tenis UNITEN.
2) Bola sepak
Pasukan bola sepak MAMPU adalah pasukan sukan yang paling aktif. Di samping kerap mengadakan latihan, beberapa siri perlawanan turut diadakan dengan pasukan-pasukan bola sepak di kawasan Putrajaya.
3) Pesta Sukan MAMPUPesta Sukan MAMPU merupakan acara kemuncak dalam kalender sukan MAMPU. Pesta sukan MAMPU diadakan pada setiap tahun. Ahli-ahli Kelab dibahagikan kepada tiga Rumah, iaitu Merah, Kuning dan Biru untuk maksud ini. Sebanyak 7 acara dipertandingkan dalam pesta sukan ini, iaitu badminton, sepak takraw, bowling, ping-pong, bola sepak, futsal dan bola tampar.
4) Sambutan Hari Keluarga MAMPU
Sambutan Hari Keluarga MAMPU merupakan aktiviti utama kelab yang melibatkan semua Ahli Jawatankuasa. Sambutan Hari Keluarga ini diadakan setiap tahun dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan, sukaneka dan Majlis Makan Malam.
b)
Biro Kebajikan
Peranan dan Fungsi Biro KebajikanBiro Kebajikan berperanan untuk menjaga hal ehwal kebajikan ahli yang merangkumi pelbagai peringkat jawatan sama ada dari kumpulan pengurusan & profesional mahu pun kakitangan sokongan. Selain daripada menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk kebajikan, jawatankuasa kecil ini juga berperanan memantau dan menyalurkan sumbangan kewangan kepada ahli-ahli yang layak menerima dari masa ke semasa.Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
Menyalurkan sumbangan Kelab kepada ahli-ahli atas kematian waris terdekat iaitu ibu/bapa, suami/isteri dan anak; Menguruskan sumbangan wang sagu hati kepada ahli yang bertukar ke jabatan lain atau bersara; dan Menguruskan sumbangan kepada ahli yang masuk hospital dan dikurniakan cahaya mata yang pertama di MAMPU. Menguruskan sumbangan wang sagu hati kepada ahli yang melangsungkan perkahwinan Menguruskan sumbangan Kelab kepada ahli-ahli dalam Kumpulan Sokongan II bagi menghadapi persiapan Hari Raya;
c) Biro Sosial
Peranan dan Fungsi Biro Sosial
Biro Sosial dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sosial seperti lawatan sambil belajar, lawatan ke luar negara, bekerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa lain dan jawatankuasa induk untuk menganjurkan majlis-majlis sambutan hari kebesaran dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti Yang DijalankanAktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh biro ini adalah seperti berikut:
Menganjurkan lawatan sambil belajar ke agensi-agensi Kerajaan dan tempat-tempat bersejarah dalam negeri untuk menambah pengetahuan ahli-ahli; Menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat pelancongan di luar negara;dan Menguruskan pengangkutan bas untuk ahli-ahli menghadiri majlis perkahwinan warga MAMPU.
d) Biro Wanita
Peranan dan Fungsi Biro Wanita
Biro Wanita bertanggungjawab menyelaras program-program melibatkan kaum wanita di MAMPU. Jawatankuasa ini merupakan penghubung antara Kelab MAMPU dan PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU. Selain itu, Jawatankuasa ini turut membantu jawatankuasa lain dalam melaksanakan program yang menyentuh kepentingan keseluruhan warga MAMPU.
Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
Mengadakan demonstrasi masakan; Bersama PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU menganjurkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Anak-Anak Warga; dan Menguruskan Insurans Berkelompok dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad untuk semua ahli. Caruman untuk setiap ahli sebanyak RM11.65 seorang dibiayai oleh Kelab
e) Biro Agama
Peranan dan Fungsi Jawatankuasa Kecil Agama
Biro Agama dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti atau program yang menjurus kepada memantapkan kekuatan rohani warga MAMPU iaitu menepati seruan kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam perkhidmatan awam.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
Ceramah Israq Mikraj; Ceramah Agama Sempena Bulan Rejab; Siri Ceramah Bulanan dalam pelbagai tajuk; Siri Ceramah Ramadhan; Majlis Tahlil dan Doa Selamat; Majlis Doa Selamat untuk Warga MAMPU yang akan menunaikan Fardhu Haji.
f)
Biro Ekonomi
Peranan dan Fungsi Biro Ekonomi
Tugas utama Biro Ekonomi adalah untuk meningkatkan sumber kewangan Kelab melalui aktiviti yang berfaedah dan dimanfaatkan oleh kepada Kelab.
Aktiviti-aktiviti Yang Telah DijalankanPelbagai aktiviti telah diusahakan untuk meningkat kedudukan kewangan atau meningkat penglibatan warga Kelab seperti berikut:• Jualan T-Shirt
• Kitar semula kertas terpakai
• Insurans kelompok warga MAMPU
• Jualan kad raya
• Jualan air ke mesyuarat MAMPU
• Pengurusan perbelanjaan Hari Keluarga MAMPU.
Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan tidak semestinya mendatangkan keuntungan kepada Kelab. Kriteria lain seperti membawa berfaedah kepada Kelab/masyarakat, dapat dimanfaatkan oleh ahli serta tanpa merugikan kelab dari segi kewangan juga dijadikan kriteria dalam pemilihan dan perlaksanaan sesuatu aktiviti.
Kemaskini : Januari 2008





