Sejarah | Perutusan | Sepintas Lalu | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Kod Etika | Bahagian | Warga MAMPU | Alamat | Antarabangsa | Kelab | PUSPANITA | Majlis Bersama Jabatan

Bahagian Dasar dan Korporat | Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia | Bahagian Teknologi Maklumat/Bantuan Teknikal | Bahagian Keutuhan Pengurusan | Bahagian Dasar dan Pengurusan Kualiti | Bahagian Inspektorat dan Perundingan Pengurusan | Bahagian Dasar dan Perancangan ICT | Bahagian Keselamatan ICT | Bahagian eKL | Bahagian Pembangunan Kerajaan Eletronik | MAMPU Cawangan Sarawak | MAMPU Cawangan Sabah

Bahagian Keutuhan Pengurusan

Pengenalan

Bahagian Keutuhan Pengurusan (BKeP) terbahagi kepada dua seksyen iaitu Seksyen Urus Setia Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) dan Seksyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP).

Seksyen Urus Setia JKKMKPK berperanan sebagai urus setia kepada Mesyuarat JKKMKPK, urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja kepada JKKMKPK dan bertanggungjawab dalam penyediaan Memorandum JKKMKPK.

Seksyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) pula bertanggungjawab dalam program-program pengukuhan integriti yang dikendalikan di bawah Pasukan Khas Perunding JKP II, menjadi ahli tetap dan pakar rujuk hal ehwal kefungsian MAMPU dalam Mesyuarat JKP Kebangsaan yang diselaraskan oleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) selaku pengerusi Mesyuarat JKP Kebangsaan, urus setia bersama dengan BPR dalam penganjuran Kovensyen JKP dan penyelaras kepada program integriti peringkat MAMPU termasuk penyediaan dan pengemaskinian Buku Kod Etika MAMPU, penganjur siri Seminar Pengukuhan Integriti warga MAMPU termasuk cawangan Sarawak dan Sabah.

Objektif

Objektif BKeP adalah untuk memberi perkhidmatan keurusetiaan yang cekap, berkesan dan profesional supaya perjalanan Mesyuarat JKKMKPK lancar dan untuk bertindak sebagai penggerak kepada kejayaan merealisasikan objektif JKKMKPK ke arah mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang cekap, telus dan berintegriti tinggi tercapai.

Fungsi Bahagian

Fungsi BKeP adalah seperti berikut:

  • Urus Setia kepada Mesyuarat JKKMKPK.

  • Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja kepada Mesyuarat JKKMKPK.

  • Urus Setia Bersama untuk mengesan dan menyelaras maklum balas suku tahun daripada Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) peringkat Kebangsaan yang terdiri daripada 28 JKP Kementerian dan 14 JKP Negeri.

  • Mengenal pasti isu-isu dan masalah-masalah di bawah lapan Terma Rujukan (TOR) JKKMKPK dan JKP untuk dibentangkan di Mesyuarat JKKMKPK.

  • Mengambil tindakan susulan memantau pelaksanaan semua keputusan Mesyuarat JKKMKPK yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi Kerajaan yang berkaitan.

  • Mengawasi pelaksanaan peraturan-peraturan pentadbiran pengurusan Kerajaan di jabatan/agensi Kerajaan bersama dengan Pasukan Petugas yang ditubuhkan secara ad-hoc oleh Agensi-agensi Pusat.

  • Menyelaras dan memantau Program Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan berkaitan pelaksanaan Program Nilai-Nilai Murni mengikut Arahan YAB Perdana Menteri Siri 2 No. 1 Tahun 2000.

  • Menjadi ahli tetap dalam Mesyuarat Pasukan Khas Perunding JKP II dalam usaha menganalisis dan menyelesaikan isu dan masalah di bawah Terma Rujukan JKP yang berkaitan yang disalurkan oleh Urus Setia JKP Kebangsaan melalui BPR selaku Penyelaras JKP.

  • Urus Setia Bersama Konvensyen JKP.

  • Mencetuskan idea-idea perubahan berasaskan isu-isu berkaitan dengan bidang-bidang pengurusan Kerajaan yang dibangkitkan oleh Mesyuarat JKKMKPK dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja kepada JKKMKPK untuk disalurkan kepada bahagian-bahagian berkaitan di MAMPU untuk tindakan selanjutnya.

  • Membangun, mengendali dan mengemas kini Sistem Pengurusan Maklumat JKKMKPK.

  • Melaksanakan program-program pengukuhan integriti di peringkat MAMPU seperti penggubalan Kod Etika dan Seminar Pengukuhan Integriti MAMPU.



Piagam Pelanggan Bahagian Keutuhan Pengurusan

Kami berjanji akan:

  • Menyiapkan dan mengedarkan catatan keputusan penting mesyuarat JKKMKPK dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat.

  • Menyediakan draf minit mesyuarat dan memorandum JKKMKPK dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat

  • Mengedarkan minit mesyuarat jkkmkpk dalam tempoh tiga hari selepas mendapat kelulusan daripada Y.A.B. Pengerusi mesyuarat JKKMKPK.

  • Menghantar memorandum JKKMKPK kepada urus setia mesyuarat jemaah menteri dalam tempoh tiga hari selepas mendapat kelulusan Y.A.B. Pengerusi Mesyuarat JKKMKPK.

  • Menyedia dan mengedarkan dokumen Mesyuarat JKKMKPK dalam tempoh satu minggu sebelum mesyuarat.

 

Kami berjanji akan:

Membuat pembetulan jika ada, ke atas minit dan memorandum dalam tempoh tiga hari selepas mendapat kelulusan/ulasan daripada Pejabat Y.A.B. Pengerusi Mesyuarat JKKMKPK.

Memaklumkan penangguhan dan pembatalan mesyuarat melalui faks dan telefon dalam tempoh satu hari sebaik menerima keputusan penangguhan daripada Pejabat Y.A.B. Pengerusi Mesyuarat JKKMKPK.

 

MAMPU telah berjaya memperoleh persijilan standard MS ISO 9001:2000 pada 20 April 2007.
50 Tahun Merdeka
Multimedia Super Corridor