| MAMPU Cawangan Sabah | Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT | |
MAMPU Cawangan Sabah
Pengenalan
MAMPU Cawangan Sabah telah ditubuhkan pada 27 Mei, 1977 apabila Organisation & Methods Unit diserapkan ke Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
Fungsi Utama Organisation & Methods Unit ialah pemudahcara kerja atau work simplification yang tertumpu kepada pembangunan “office mechanization and automation”. Unit ini menjalankan tanggungjawab di bawah Arahan Perbendaharaan 278. Selain itu, Unit ini juga memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi lain mengenai Pembangunan Sistem dan Prosedur Kerja. Penyerapan Unit ini ke MAMPU memperluaskan lagi tugas dan tanggungjawabnya untuk meliputi aspek-aspek pembangunan organisasi dan tenaga manusia sehingga 1986. Pada tahun itu, MAMPU melihat satu penstrukturan semula dimana tanggungjawab perancangan tenaga manusia diserah kepada beberapa agensi lain bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada usaha-usaha Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan. VisiUntuk menjadi peneraju perubahan yang terunggul bagi memodenkan Perkhidmatan Awam Malaysia. MisiMemodenkan Perkhidmatan Awam Malaysia secara berterusan untuk mencapai tahap kualiti yang tinggi. ObjektifUntuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan perkhidmatan awam di Negeri Sabah melalui Pemodenan Tadbiran dan Pembangunan Teknologi Maklumat/Kerajaan Elektronik yang dapat memenuhi kepuasan hati pelanggan dan standard profesionalisme yang ditetapkan. Dasar KualitiKami adalah komited kepada pengeluaran output yang berkualiti yang dapat memenuhi hati pelanggan dan standard profesionalisme yang telah ditetapkan. Piagam PelangganKhidmat Perundingan / Nasihat Memberi khidmat perundingan dan nasihat dalam bagi bidang-bidang pengurusan seperti kajian organisasi, pelaksanaan Standard MS ISO 9000, Key Performance Indicator (KPI), Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja secara profesional, mesra, tepat dan mengikut masa yang ditetapkan.
Mengurus Anugerah-anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam di Sabah dengan cekap dan sempurna mengikut jadual yang ditentukan.
Memberi khidmat perundingan kepada agensi-agensi kerajaan di negeri Sabah dalam bidang ICT seperti berikut:-
Perkhidmatan Urus Setia Menyediakan perkhidmatan urus setia kepada Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (QEC), Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah (JPQ), Jawatankuasa Kecil Pengukuhan Disiplin Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Negeri dan Panel Perundingan Pensyarikatan Malaysia dengan cekap, teratur dan sempurna. |
Fungsi & Program BahagianMAMPU Cawangan Sabah ini terbahagi kepada 3 Bahagian yang menjalankan fungsi dan program seperti berikut: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Bahagian Pemodenan TadbiranBertanggungjawab untuk membangun dan memantau pelaksanaan program-program pemodenan tadbiran dan pemantap sistem pengurusan di agensi-agensi Kerajaan di Negeri Sabah melalui unit-unit berikut:-
Kemaskini : 5 September 2008 |








