Sejarah | Perutusan | Sepintas Lalu | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Kod Etika | Bahagian | Warga MAMPU | Alamat | Antarabangsa | Kelab | PUSPANITA | Majlis Bersama Jabatan

MAMPU Cawangan Sabah Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT

MAMPU Cawangan Sarawak

Pengenalan

MAMPU Cawangan Sarawak dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pengaturcara (Organisation and Method Division) di Pejabat Ketua Menteri / Ketua Setiausaha Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1957. Dalam tahun 1964 iaitu selepas Sarawak menyertai Malaysia, Bahagian Pengaturcara ini telah diserapkan ke dalam Bahagian Pengaturcara, Perbendaharaan Malaysia. Pada tahun 1967 bahagian ini dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Pembangunan Tadbiran (DAU).  Pada tahun 1972, ia telah diletakkan pula di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan Pembangunan Tadbiran (ICDAU) iaitu apabila DAU digabungkan dengan ICU. Berikutan dengan penubuhan MAMPU pada Mei 1977, Bahagian Pengaturcara ini dibubarkan dan digantikan dengan MAMPU Cawangan Sarawak.

Peranan

  • Penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi Perkhidmatan Awam;
  • Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Sektor Awam;
  • Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Sektor Awam;
  • Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam; dan
  • Pengurusan Peralatan Pejabat bagi Agensi Kerajaan Negeri.


Piagam Pelanggan

MAMPU Cawangan Sarawak berjanji akan memberikan perkhidmatan secara telus dan berkualiti kepada semua pelanggan dalam aspek-aspek berikut:
  • Setiap kajian Pengurusan Pengurusan disiapkan dalam tempoh berikut:
    • kajian berskop kecil – tidak melebihi tiga bulan;
    • kajian berskop sederhana – tidak melebihi enam bulan; dan
    • kajian berskop besar – tidak melebihi setahun.

  • Keberkesanan penyampaian khidmat perundingan dinilai seperti berikut:
    i.  mencapai sekurang-kurangnya 4 dalam skala 1 hingga 7 di akhir sesi khidmat perundingan
    ii. penilaian tahap pelaksanaan seperti berikut:-
         -enam bulan selepas khidmat perundingan selesai; dan
         -setahun selepas khidmat perundingan selesai bagi khidmat perundingan pengurusan.

  • Mencapai sekurang-kurangnya 4 dalam skala 1 hingga 7 dalam penilaian keberkesanan penyampaian khidmat    nasihat yang merangkumi ceramah/taklimat, bengkel dan seminar di akhir sesi.

  • Isu dan Perakuan Lawatan Inspektorat (kualiti atau ICT) disiapkan untuk kelulusan Pengarah dan dihantar kepada agensi terbabit dalam tempoh tidak melebihi dua minggu dari tarikh lawatan.

  • Semua bayaran perolehan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas Invois lengkap diterima.

  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan peralatan pejabat berasaskan permohonan dari Agensi Kerajaan Negeri dalam tempoh enam bulan selepas menerima pekeliling daripada Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri.

  • Memproses perolehan peralatan pejabat kepada Agensi Kerajaan Negeri dalam tempoh empat bulan melalui sebutharga dan enam bulan melalui tender selepas waran peruntukan diterima.

  • Memproses perolehan peralatan pejabat secara ad-hoc kepada Agensi Kerajaan Negeri dalam tempoh satu minggu bagi peralatan yang tersenarai dalam sebutharga dan tender sedia ada selepas mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri.

  • Mengambil tindakan ke atas permohonan untuk servis dan penyelenggaraan dalam tempoh tiga hari dari tempoh permohonan diterima bagi permohonan dalam stesen dan tujuh hari bagi permohonan di luar stesen.

  • Memastikan baucer bayaran bil-bil disedia dan dikemukakan kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri Bahagian Kuching dalam tempoh 14 hari selepas bil diterima.

  • semua aduan pelanggan diberi respons dalam tempoh lima hari bekerja dan aduan yang mempunyai asas diselesaikan dalam tempoh berikut:
      • aduan mengenai isu/masalah mudah – dua minggu dari tarikh penerimaan aduan; dan
      • aduan mengenai isu/masalah rumit – dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan aduan.



Fungsi Seksyen


a) Seksyen Pembangunan Pengurusan dan Transformasi

i)  Unit Inspektorat dan Kajian Perundingan

  • Menyediakan khidmat rundingan pelaksanaan dasar,polisi, standard dan garis panduan programprogram peningkatan kualiti, produktiviti, integriti perkhidmatan awam.
  • Merangka, merancang dan melaksanakan program lawatan inspektorat ke  semua Kementerian/Agensi Persekutuan dan Negeri.
  • Menyediakan laporan lawatan inspektorat dan melaporkan hasil lawatan kepada pengurusan atasan MAMPU dan stakeholder.
  • Melaksanakan kajian impak kepuasan hati pelanggan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan.
  • Membantu melaksana dan menyediakan laporan program pengredan agensi melalui kaedah Star Rating.
  • Melaksanakan penilaian agensi-agensi Persekutuan dan Negeri untuk tujuan pengiktirafan.

ii)  Unit Khidmat Nasihat dan Keurusetiaan

  • Meningkatkan kesedaran agensi-agensi mengenai dasar, polisi, standard dan garis panduan programprogram peningkatan kualiti, produktiviti, integriti perkhidmatan awam.
  • Mengenalpasti, menambahbaik dan merekayasa sistem dan prosedur kerja agensi-agensi.
  • Melaksanakan program-program promosi dan hebahan program-program  MAMPU.
  • Menjalankan tugas keurusetiaan dan menguruskan majlis Anugerah Kualiti, KMK, Hari Q

b)  Seksyen Pembangunan ICT

i)  Unit Pembangunan dan Inspektorat

  • Menyediakan khidmat rundingan/nasihat mengenai pelaksanaan dasar, polisi, standard, garis panduan dan program-program peningkatan pembangunan ICT perkhidmatan awam.
  • Merancang program-program kesedaran mengenai dasar, polisi, standard dan garis panduan program ICT.
  • Merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembudayaan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.
  • Melaksanakan inspektorat ICT dan pematuhan terhadap dasar, polisi, standard dan garis panduan pembangunan ICT sektor awam
  • Mewakili MAMPU dengan menganggotai jawatankuasa jawatankuasa ICT negeri.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi projek e-Kerajaan termasuk semua perkhidmatan ‘on-line’.

ii)   Unit Aplikasi dan Sokongan Teknikal

  • Memantau dan menyelaras konsolidasi melalui sokongan teknikal EG* Net .
  • Memantau dan memberi sokongan teknikal projek-projek Kerajaan Elektronik di peringkat negeri.
  • Menjalankan tugas keurusetiaan dan memberi sokongan teknikal ditapak untuk semua majlis dan program ICT.

c) Seksyen Khidmat Sokongan

i)  Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia

  • Mengurus tadbir pejabat MAMPU Cawangan Sarawak.
  • Mengurus tadbir rekod perkhidmatan, pengisian, pengesahan dalam jawatan, kemasukan tetap dan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran, prestasi tahunan , persaraan dan tatatertib.
  • Mengurus tadbir dan menyelenggara peralatan dan keselamatan bangunan pejabat.
  • Mengurus semua hal ehwal perhubungan awam dan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan.
  • Urusan pinjaman perumahan , kenderaan dan komputer.
  • Pengurusan pengistiharan harta.

ii) Unit Kewangan dan Akaun

  • Menyedia dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan.
  • Mengurus semua pembayaran bil dan tuntutan.
  • Mengurus tadbir aset dan inventori pejabat
  • Mengurus tempahan tiket pengangkutan awam
  • Mengurus pesanan tempatan.
  • Mengurus terimaan dan akaun Panjar Wang Runcit.

iii)  Unit Peralatan Pejabat Negeri

  • Menerima permohonan pembelian peralatan/mesin pejabat untuk Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan membuat anggaran kos/peruntukan tahunan.
  • Memproses dan mengurus perolehan peralatan/mesin pejabat untuk Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri.
  • Memproses dan mengurus penghapuskiraan peralatan/mesin pejabat bagi Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri.
  • Menyelenggara Buku Vot untuk Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri (S14/28501 & S14/35199).
  • Mengurus penghantaran peralatan/mesin pejabat untuk dipinjam oleh Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri.
  • Mengeluar surat "Kenyataan Kiriman" untuk peralatan/mesin pejabat yang baru, mesin yang dibaiki dan juga mesin untuk pinjaman.
  • Membuat kajian terhadap peralatan/mesin pejabat untuk Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri.
  • Mengurus penyelenggara peralatan/mesin pejabat untuk Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri


Kemaskini : 5 November 2008

 

MAMPU telah berjaya memperoleh persijilan standard MS ISO 9001:2000 pada 20 April 2007. Multimedia Super Corridor