Sejarah | Perutusan | Sepintas Lalu | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Kod Etika | Bahagian | Warga MAMPU | Alamat | Antarabangsa | Kelab | PUSPANITA | Majlis Bersama Jabatan

Perutusan Ketua Pengarah

Dato' Normah binti Md. Yusof  Ketua Pengarah MAMPU normah@mampu.gov.my
Dato' Normah binti Md. Yusof

Assalamualaikum Wbh. Wbt. dan Salam Sejahtera.

MAMPU merupakan peneraju gerakan pemodenan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Dalam melaksanakan fungsi tersebut, MAMPU memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan, keberkesanan dan keutuhan Perkhidmatan Awam Malaysia. Kesemua inisiatif ini meliputi bidang-bidang pembudayaan kualiti dan pembangunan organisasi; keutuhan pengurusan; pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); dan hubungan kerjasama serta perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta. Usaha-usaha ini adalah perlu bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dalam usaha memenuhi kepuasan hati pelbagai golongan pelanggan.

Segala inisiatif pembaharuan yang dilaksanakan oleh MAMPU perlu disebarkan secara meluas bagi membantu agensi Kerajaan memperoleh maklumat yang lengkap dan tepat tentang langkah-langkah pemodenan dan penambahbaikan yang perlu diambil di peringkat agensi masing-masing. Laman web ini bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut dengan menyediakan maklumat mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan MAMPU sebagai agensi pusat yang menguruskan pemodenan Perkhidmatan Awam Malaysia. Maklumat dalam laman web ini disusun dan dikategorikan mengikut perkhidmatan-perkhidmatan utama yang disediakan untuk pelanggan MAMPU, khususnya agensi Kerajaan. Pengunjung dapat menerokai maklumat tentang perkhidmatan MAMPU seperti perundingan pengurusan; inspektorat pengurusan; standard MS ISO 9000; pengukuran prestasi; keutuhan pengurusan; automasi pejabat; dan keperluan dari segi perancangan dan pembangunan ICT ke arah meningkatkan keupayaan agensi Kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan secara cekap dan berkesan.

Saya berharap penyebaran dan perkongsian maklumat melalui laman web MAMPU ini dapat membantu agensi Kerajaan mengukuhkan dan melengkapkan organisasi masing-masing agar dapat menyumbangkan kepada hasrat murni Kerajaan untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang benar-benar menepati kehendak rakyat dan pelanggan.

Selamat melayari Laman Web Rasmi MAMPU.

Sekian, Wassalam.


DATO' NORMAH BINTI MD. YUSOF

 

 



 

MAMPU telah berjaya memperoleh persijilan standard MS ISO 9001:2000 pada 20 April 2007. Multimedia Super Corridor