Piagam Pelanggan MAMPU
KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:
PERKHIDMATAN PERUNDINGAN PENGURUSAN DAN INSPEKTORAT
- Memberi khidmat perundingan mengenai sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan tumpuan kepada bidang-bidang perancangan pengurusan dan pembangunan organisasi, pengurusan kualiti serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara:
- Profesional
- Mesra
- Tepat
- Mengikut masa yang ditetapkan Menyiapkan laporan kajian perundingan pengurusan dalam tempoh berikut:
- Kajian berskop kecil - tidak melebihi tiga bulan;
- Kajian berskop sederhana - tidak melebihi enam bulan;
- Kajian berskop besar - tidak melebihi setahunMenyiapkan laporan inspektorat MAMPU dalam tempoh tidak melebihi satu setengah bulan dari tarikh lawatan inspektorat dijalankan
- Menyiapkan laporan lawatan kerja Ketua Setiausaha Negara dalam tempoh tidak melebihi dua minggu dari tarikh lawatan
- Membuat perakuan terhadap permohonan agensi Kerajaan berhubung dengan perolehan perkhidmatan perunding dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permohonan
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Perkomputeran Sektor Awam
- Memastikan surat keputusan bagi permohonan perolehan/peningkatan komputer dikeluarkan dalam tempoh empat hingga sepuluh minggu.
- Memastikan surat keputusan bagi semakan spesifikasi tender dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Keselamatan ICT
- Menjalankan pemantauan dan pengimbasan ke atas rangkaian ICT Kerajaan tanpa sebarang prejudis dan prasangka.
- Menjalankan penyelidikan dan pengauditan keselamatan ICT secara profesional berpandukan kepada standard pengurusan keselamatan ICT antarabangsa.
Portal Perkhidmatan Awam
- Memastikan Laman Web Portal Perkhidmatan Awam iaitu myGovernment boleh dicapai sepanjang masa.
- Memastikan semua pertanyaan/aduan dijawab dalam tempoh 3 hari.
- Memastikan kandungan baru yang diterima daripada agensi dimasukkan ke dalam Portal dalam tempoh 7 hari.
Perkhidmatan Guna Sama ICT
- Menyediakan perkhidmatan Rangkaian Kampus Putrajaya berdasarkan jaminan tahap perkhidmatan seperti berikut:
- Ketersediaan peralatan suis rangkaian – 99.5%
- Prestasi rangkaian – 99.5%
- Pengurusan insiden – 99.5%
- Ketersediaan Perkhidmatan Meja Bantuan – 98.0%
- Ketersediaan Capaian ke Internet – 99.8%
- PRISMA
- Melaksanakan pemantauan ancaman ke atas infrastruktur ICT agensi Sektor Awam secara 24 x 7;
- Menghantar Notis Amaran Awal kepada agensi yang berkenaan dalam masa 1 jam dari masa ancaman disahkan;
- Melaporkan insiden yang dikesan kepada pasukan GCERT dalam masa 4 jam dari masa insiden disahkan;
- Melaksanakan imbasan ke atas infrastruktur agensi setiap bulan;
- Menyediakan laporan statistik pemantauan ancaman ICT kepada agensi setiap hari, minggu dan bulan melalui laman web https://www.ictsecurity.gov.my;
- Menyediakan laporan imbasan kepada agensi setiap bulan melalui laman web https://www.ictsecurity.gov.my;
- Memberi tindak balas ke atas setiap laporan masalah peralatan PRISMA dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
- GCERT
- Memberi khidmat nasihat awal dalam tempoh satu jam pada waktu berkerja selepas menerima dokumen laporan insiden
- Menyedia dan menghantar laporan analisis log kepada agensi dalam tempoh 30 hari selepas menerima fail log
- Menyedia dan menghantar laporan imbasan kepada agensi dalam tempoh tiga hari bekerja selepas imbasan selesai
PERKHIDMATAN URUS SETIA
Menyediakan perkhidmatan urus setia kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (PANEL 3P), Jawatankuasa Persyarikatan Malaysia Peringkat Pegawai dan Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) dengan cekap, teratur dan sempurna serta mematuhi masa dan peraturan pentadbiran yang ditetapkan.
PENERBITAN
Memastikan penerbitan buku/majalah/buletin diterbitkan mengikut masa yang telah ditetapkan dan mengandungi idea-idea terkini, informatif dan dalam format yang menarik.
ANUGERAH
Menguruskan program Anugerah Kualiti Sektor Awam dengan cekap dan sempurna berdasarkan masa dan garis panduan yang telah ditetapkan.




