Sejarah | Perutusan | Sepintas Lalu | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Kod Etika | Bahagian | Warga MAMPU | Alamat | Antarabangsa | Kelab | PUSPANITA | Majlis Bersama Jabatan

Sejarah Penubuhan MAMPU

Warga Berilmu Organisasi Gemilang

Menyingkap tabir sejarah, MAMPU ditubuhkan hasil daripada Laporan 'Development Administration in Malaysia' oleh Prof. John D. Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam.

Atas cadangan laporan yang sama, maka pada tahun 1966, Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) ditubuhkan yang bertanggungjawab dalam pengembangan usaha-usaha pembaikan pembaharuan pentadbiran Kerajaan. DAU kemudiannya dikembangkan menjadi ICDAU yang berfungsi untuk menyelaras projek-projek pembangunan dan pembangunan serta perancangan tenaga manusia.

Selaras dengan perkembangan pentadbiran awam yang pesat lagi dinamik, ICDAU kemudiannya telah disusun semula pada tahun 1977. Fungsi penyelarasan pelaksanaan projek-projek pusat diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan fungsi pemodenan tadbiran dan perancangan tenaga manusia diambil oleh sebuah agensi baru yang dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Ketua Pengarah MAMPU


Dato' Normah binti Md Yusof
(Tahun : 1 Jun 2007 - Sekarang)
Datuk Nazariah binti Mohd. Khalid
(Tahun : 2003 - 2005)
Dato' Haji Yaacob bin Hussin
(Tahun : 2005 - 31 Mei 2007)
Datuk Dr. Abdullah bin Abdul Rahman
(Tahun : 1989 - 1996)
Datuk Dr. Mohd Rais bin Abdul Karim
(Tahun : 1996 - 2003)
Dato' Dr. Mohd Nor bin Abdul Ghani
(Tahun : 1981 - 1986)
Tan Sri Dato' Dr. Othman bin Yeop Abdullah
(Tahun : 1986 - 1988)
Tan Sri Dato' Dr. Abdullah Sanusi
(Tahun : 1977 - 1980)
MAMPU telah berjaya memperoleh persijilan standard MS ISO 9001:2000 pada 20 April 2007. Multimedia Super Corridor