Sejarah | Perutusan | Sepintas Lalu | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Kod Etika | Bahagian | Warga MAMPU | Alamat | Antarabangsa | Kelab | PUSPANITA | Majlis Bersama Jabatan
Bahagian Dasar dan Korporat |
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia |
Bahagian Teknologi Maklumat/Bantuan Teknikal |
Bahagian Keutuhan Pengurusan |
Bahagian Dasar dan Pengurusan Kualiti |
Bahagian Inspektorat dan Perundingan Pengurusan |
Bahagian Dasar dan Perancangan ICT |
Bahagian Keselamatan ICT |
Bahagian eKL |
Bahagian Pembangunan Kerajaan Eletronik |
MAMPU Cawangan Sarawak |
MAMPU Cawangan Sabah
Bahagian Teknologi Maklumat/Bantuan Teknikal
Pengenalan
Bahagian Teknologi Maklumat MAMPU diwujudkan pada Mei 2004 bertanggungjawab untuk memberikan sokongan teknikal ICT dan aplikasi kepada MAMPU (tidak termasuk MAMPU Cawangan Sabah dan Sarawak) bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat digunakan dalam membantu MAMPU menjalankan fungsi-fungsinya dengan cekap dan berkesan.
Sebelum ini, fungsi berkenaan dilaksanakan oleh Seksyen GOE dan Sokongan Teknikal, Bahagian Pembangunan Kerajaan Elektronik dan Seksyen ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan.
Objektif
-
Merancang, menyedia dan mempertingkatkan kemudahan dan perkhidmatan ICT di MAMPU tidak termasuk Sabah dan Sarawak).
-
Menyelenggara rangkaian dalaman MAMPU termasuk perkakasan, perisian, aplikasi dan pangkalan data supaya dapat beroperasi dengan lancar.
-
Memberi khidmat bantuan teknikal perkakasan (termasuk peralatan audio visual) dan perisian serta sokongan ke atas sistem aplikasi yang digunakan di MAMPU.
Fungsi Bahagian
Bahagian ini terbahagi kepada 4 seksyen utama iaitu :-
- Seksyen Pengurusan dan Bantuan Teknikal ICT
-
Merancang, menyedia dan mengurus perkakasan dan perisian ICT MAMPU dari segi perolehan, pelupusan, penyelenggaraan, inventori dan pinjaman;
-
Memberi khidmat bantuan teknikal, nasihat dan latihan kepada pengguna-pengguna MAMPU;
-
Menyediakan keperluan peralatan audio-visual dan memberi khidmat teknikal untuk bilik-bilik mesyuarat;
-
Menyelaras penggunaan dan penyelenggaraan peralatan di Bilik Latihan
-
Urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT), Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Operasi Open Source Software dan Mesyuarat Pengurusan Program ISP MAMPU;
-
Menguruskan hal-hal pentadbiran am BTM.
- Seksyen Sokongan Aplikasi dan Pangkalan Data
- Menyelenggara dan memastikan sistem aplikasi beroperasi dengan lancar.
- Memberi khidmat bantuan teknikal, nasihat dan latihan kepada pengguna-pengguna MAMPU.
- Seksyen Pentadbiran Server dan Rangkaian
- Merancang, melaksana dan mentadbir operasi server dan rangkaian MAMPU;
- Memantau dan memastikan server dan rangkaian MAMPU dalam keadaan selamat;
- Menyedia dan menyelenggara ID pengguna dan akaun e-mel;
- Memberi khidmat nasihat kepada bahagian lain di MAMPU.
- Menjalankan tugas-tugas operasi di MAMPU.
- Seksyen Laman Web
- Merancang dan merangka reka bentuk dan kandungan laman web berdasarkan keperluan bersama dengan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman web;
- Mengemaskini dan menyelenggara laman web kandungan, berita/ pengumuman, maklumat bahagian dan perkhidmatan yang ditawarkan serta maklumat perjawatan warga MAMPU;dan
- Mengendali ruangan maklumbalas yang diterima daripada pengguna melalui email.








