orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

1GovEA merupakan pendekatan berstruktur yang digunakan untuk mendefinisikan sesebuah organisasi meliputi aspek bisnes dan teknikal. Blueprint 1GovEA menyediakan rangka kerja, pembangunan metodologi dan pelan pelaksanaan bagi membantu agensi sektor awam membangunkan Enterprise Architecture (EA) bagi agensi masing-masing. 1GovEA juga merupakan amalan dalam mentransformasi agensi yang dilaksanakan melalui perancangan merentasi empat (4) domain utama iaitu Bisnes, Data, Aplikasi dan Teknologi.

Antara kepentingan pelaksanaan 1GovEA adalah dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Digital yang seragam dan menyeluruh melalui penjajaran strategi bisnes dan ICT, menyokong keperluan analisis dan pelaporan perancangan strategik organisasi melalui penggunaan Repositori EA sebagai rujukan berpusat agensi Sektor Awam, mengelak pertindihan pelaksanaan aplikasi di agensi kerajaan, meningkatkan tadbir urus ICT bagi pemantauan dan pelaksanaan projek serta menyokong inisiatif Data Raya, Data Terbuka dan Teknologi Hijau.

Maklumat 1GovEA
>> Maklumat lanjut berkaitan, sila layari Portal 1GovEA: http://1govea.mampu.gov.my

>> Risalah 1GovEA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur,
Aras 2, Bangunan MKN-Embassy Techzone, Blok B,
No 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor.
(u.p: Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur)