orange green b
mampu
bangunan mampu

Latar Belakang

1.          Mesyuarat JPPPA dianjurkan bermula tahun 2008 dengan dihadiri oleh 58 wakil kementerian, agensi pusat dan kerajaan negeri yang terdiri daripada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Setiausaha,Timbalan Ketua Pengarah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pengarah bahagian di MAMPU.

2.          Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemodenan Pentadbiran Awam (JPPPA) merupakan mesyuarat berjadual antara MAMPU dengan Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian dan Timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri yang diadakan sebanyak dua (2) kali setahun. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif MAMPU dalam usaha memodenkan jentera pentadbiran awam dan meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

3.          Kejayaan pelaksanaan program pemodenan dan pembaharuan pentadbiran dalam sektor awam banyak bergantung kepada tahap kesedaran dan kefahaman agensi Kerajaan di semua peringkat termasuk objektif, strategi dan pelan tindakan setiap program baru yang diperkenalkan. Komunikasi berkesan dan efektif melalui saluran kerjasama yang jitu di peringkat agensi pusat, kementerian dan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri sangat diperlukan agar program pemodenan dan pembaharuan pentadbiran yang dilaksanakan dapat dikongsi dan dilaksanakan oleh agensi yang lain mengikut keperluan masing-masing.

4.         MAMPU telah menganjurkan Mesyuarat JPPPA sejak dari tahun 2008. Mesyuarat JPPPA Bilangan 2 Tahun 2010 pada 23 Oktober 2010 telah membuat keputusan agar MAMPU menganjurkan Mesyuarat JPPPA secara kolaborasi dengan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan diadakan di negeri-negeri untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi Kerajaan Persekutuan dengan agensi di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.


OBJEKTIF PROGRAM

5.          Mesyuarat JPPPA diadakan adalah bertujuan untuk:

(a)          meningkatkan kesedaran dan kefahaman Agensi Pusat, Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai program pentadbiran dan aktiviti pemodenan pentadbiran sektor awam;

(b)          meningkatkan tahap penyelarasan dalam pelaksanaan program dan aktiviti pemodenan pantadbiran sektor awam antara agensi peringkat Kerajaan Persekutuan dan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri;

(c)          membincangkan keberkesanan usaha-usaha pembaharuan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan;

(d)          membincangkan strategi perkongsian pintar dalam melaksanakan program pentadbiran dan aktiviti pemodenan pentadbiran awam; dan

(e)          membolehkan ahli-ahli mesyuarat melihat dengan lebih dekat pelaksanaan usaha-usaha transformasi dan pemodenan di peringkat agensi pelaksana di negeri-negeri.

 

KEANGGOTAAN JPPPA

 6.              Keanggotaan bagi Mesyuarat JPPPA adalah seperti yang tersenarai di bawah:

 

Keanggotaan JPPPA Bilangan Anggota

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Agensi Terpilih di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu:

1.    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);

2.    Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU); dan

3.    Biro Pengaduan Awam.

3

Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian

25

Timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri

13

Pegawai Kanan MAMPU

19

JUMLAH KESELURUHAN

60

 

7.          Kekerapan mesyuarat ini diadakan adalah sebanyak 2 kali setahun. Lazimnya tempoh selama 2 hari diperuntukkan setiap kali mesyuarat diadakan bagi memberi ruang kepada program lawatan yang memberi nilai tambah kepada pemodenan pentadbiran awam.

Laporan Tahunan JPPPA

- Laporan Tahunan JPPPA Bagi Tahun 2015 dan Tahun 2016

Maklumat Lanjut:

Urus Setia JPPPA
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA