orange green b
mampu

Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) ditubuhkan bagi menimbangkan dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal daripada agensi sektor awam berdasarkan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT agensi masing-masing bagi perolehan ICT mengikut had nilai yang telah ditetapkan.

JTISA menilai permohonan projek ICT agensi Sektor Awam dari aspek daya maju teknikal (technical viability), pengoptimuman sumber dan keberkesanan kos bagi menyokong keperluan perkhidmatan teras sesebuah agensi. Ini bertujuan untuk memastikan projek ICT yang dilaksanakan mempunyai nilai tambah serta dapat memberi pulangan nilai untuk wang (value for money), impak dan keberkesanan yang tinggi kepada rakyat sekaligus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.  


TUJUAN

Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT agensi-agensi sektor awam dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.


JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JTISA TAHUN 2018

BIL. PERKARA
TARIKH MESYUARAT 
TARIKH AKHIR PENGHANTARAN KERTAS PERMOHONAN MELALUI PROFIT 2.0
1. Mesyuarat JTISA
Bil. 1/2018
25 Januari 2018 5 Januari 2018
2. Mesyuarat JTISA
Bil. 2/2018
5 Mac 2018 9 Februari 2018
3. Mesyuarat JTISA
Bil. 3/2018 (Khas)
7 Mac 2018 9 Februari 2018
4. Mesyuarat JTISA
Bil. 4/2018
29 Mac 2018 9 Mac 2018
5. Mesyuarat JTISA
Bil. 5/2018
8 Mei 2018 6 April 2018
6. Mesyuarat JTISA
Bil. 6/2018
(Khas RP4, RMKe-11)
22 Mei 2018
23 Mei 2018
-
7. Mesyuarat JTISA
Bil. 7/2018 (Khas)
4 Jun 2018 4 Jun 2018
8. Mesyuarat JTISA
Bil. 8/2018
19 Julai 2018 6 Julai 2018
9. Mesyuarat JTISA Bil. 9/2018 28 Ogos 2018 8 Ogos 2018
10. Mesyuarat JTISA Bil. 10/2018 27 September 2018 7 September 2018
11. Mesyuarat JTISA Bil. 11/2018 25 Oktober 2018 5 Oktober 2018
12. Mesyuarat JTISA Bil. 12/2018 29 November 2018 9 November 2018


Format

Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT
Templat Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT

Pelaksanaan

Semua permohonan perolehan ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) di alamat http://profitv2.mampu.gov.my

Rujukan

Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam


MAKLUMAT LANJUT

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik & Arkitektur ICT)
Nombor Telefon : 603-8872 6283
Nombor Faks: 603-83184412

                                                                                                                                                                                Dikemas kini pada 20.08.2018