orange green b
mampu
bangunan mampu

Pendekatan pelaksanaan perkhidmatan infrastruktur ICT secara gunasama adalah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber melalui perkongsian, mendapatkan lebih nilai untuk wang serta dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan konsisten.

Perkhidmatan Gunasama ICT (G-ICT) menyediakan perkhidmatan gunasama infrastruktur ICT yang meliputi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

  1. Rangkaian 1Gov*Net

  2. Rangkaian Kampus Putrajaya (PCN)

  3. Infrastruktur Kunci Awam (PKI)

  4. Pusat Data Sektor Awam

  5. Government Computer Emergency Response Team (GCERT)

  6. Meja Bantuan Kerajaan Elektronik

  7. Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu (1GovUC)

  8. Perkhidmatan Komprehensif Keselamatan ICT Terurus Kerajaan Malaysia (MyGSOC)

Perkhidmatan Gunasama ICT di dokong oleh Bahagian Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT (BPG), MAMPU yang bertanggungjawab untuk merancang, mengurus dan mengoperasi perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan.