orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

Pengenalan

Sejajar dengan senario semasa, agensi-agensi perkhidmatan awam perlu sentiasa kreatif dan inovatif melaksanakan penambahbaikan kepada proses dan prosedur kerja supaya selaras dengan enam prinsip baru perkhidmatan awam iaitu CTI (Cepat, Tepat dan Integriti), dan PCI (Produktif, Kreatif dan Inovatif). Justeru, MAMPU telah menggariskan empat (4) strategi dalam memperkukuhkan sistem dan prosedur kerja, iaitu:

  • Merekayasa proses-proses kerja untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan;

  • Mengukuhkan keupayaan agensi untuk memperkemas sistem dan prosedur kerja;      

  • Mengamal dan memperluas amalan terbaik perekayasaan proses dan prosedur kerja kepada agensi-agensi; dan

  • Memantau keberkesanan perekayasaan sistem dan prosedur kerja.           

MAMPU telah memperkenalkan inisiatif Business Process Reengineering (BPR) kepada agensi Sektor Awam untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. BPR merupakan kaedah melaksanakan penambahbaikan terhadap proses kerja dan disokong oleh penggunaan ICT sebagai pemboleh daya urusan kerja di agensi.

Khidmat Rundingan BPR

MAMPU menyediakan khidmat rundingan pelaksanaan BPR kepada agensi-agensi Sektor Awam berdasarkan kepada arahan dari stakeholders, permohonan dari agensi atau melalui inisiatif dalaman MAMPU. Melalui khidmat rundingan BPR, agensi didedahkan secara hands-on cara-cara menambah baik proses dan prosedur kerja yang telah dikenal pasti. Khidmat rundingan BPR dilaksanakan menerusi pendekatan lab bagi membolehkan agensi mendapat pemahaman dan kemahiran secara terus dan lebih mendalam untuk melaksanakan BPR ke atas proses-proses kerja di agensi masing-masing.

MAMPU turut menerbitkan ‘Manual Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja', ‘Kit Kerja Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja', ‘Inventori BPR' dan ‘Glosari BPR' sebagai bahan rujukan bagi membantu agensi melaksanakan sendiri BPR di jabatan masing-masing.

Bagi tempoh 2009 hingga 2012, sebanyak 408 agensi sektor awam telah mendapat khidmat rundingan BPR daripada MAMPU yang melibatkan penambahbaikan terhadap 1,986 bilangan proses kerja.

MAKLUMAT LANJUT

Permohonan untuk mendapatkan khidmat rundingan BPR daripada MAMPU bolehlah diajukan kepada:

Ketua Pengarah
Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan Pengurusan 1)

No. Telefon   : 03-8872 6225
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.