orange green b
mampu
bangunan mampu

Jaringan Kolaboratif bersama Industri

Jaringan Kolaboratif Strategik Sektor Awam (JKSSA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor awam, swasta, akademia dan NGO. JKKSA dapat memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai senario dan trend teknologi ICT terkini, meningkatkan kemahiran dan kompetensi di samping mendapatkan maklum balas daripada sektor swasta dan akademia berkaitan dasar dan pelaksanaan inisiatif kerajaan. Jaringan kolaboratif strategik ini juga mampu merangsang pembangunan inovasi dengan mengambil kira pemanfaatan teknologi baharu. Pada 23 November 2016, rangka kerja JKSSA telah dilancarkan sempena Persidangan Public Sector CIO Convex 2016. Rangka kerja JKSSA adalah seperti rajah di bawah:

 

JKSSAAntara program yang telah dijalankan adalah:

Persidangan Sumber Terbuka Malaysia (Malaysia Open Source Conference (MOSC MY) 2017
GRCCS - Persidangan & Pameran Antarabangsa BCI 2017
Hari Data Terbuka 2017 (Big Splash Data Terbuka dan Seminar Data Terbuka)
Hackathon Data Terbuka 2017
Public Sector CIO Convex 2017
Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2017
Hari 1GovUC bersama Pentadbir UC