orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

MENGENAI PANEL MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM (MPA)

Panel MPA telah ditubuhkan pada 10 Julai 2015 bagi menggantikan Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (3P). Panel MPA ini berperanan sebagai mekanisme tadbir urus pemerkasaan keupayaan institusi dan pemantapan kapasiti agensi sektor awam.


Terma rujukan bagi panel ini meliputi lima (5) perkara seperti yang berikut:

  •     Meneliti isu-isu pelaksanaan penyampaian perkhidmatan kerajaan;
  •     Memantau pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dibuat dan arahan-arahan yang dikeluarkan kerajaan;
  •     Melaporkan status pelaksanaan keputusan dan arahan tersebut ke peringkat Jemaah Menteri;
  •     Menyusul keputusan-keputusan yang serupa di bawah jawatankuasa–jawatankuasa lain mengenai sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri; dan
  •     Memainkan peranan sebagai penasihat dalam membincangkan isu-isu semasa dan mencari jalan penyelesaian untuk dikemukakan kepada Kerajaan.

Sejajar dengan terma rujukan ini juga, tumpuan diberikan kepada tujuh (7) bidang utama penyampaian perkhidmatan yang berasaskan kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang berikut:

  •     pentadbiran tanah;
  •     pendidikan;
  •     kesihatan;
  •     kemudahan asas;
  •     makanan dan perumahan;
  •     pengangkutan awam; dan
  •     perkhidmatan baharu agensi barisan hadapan.

Keahlian Panel MPA ialah seperti yang berikut:

Pengerusi: Ketua Setiausaha Negara

Ahli:

(i) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;

(ii) Peguam Negara;

(iii) Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan;

(iv) Ketua Audit Negara;

(v) Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Jabatan Perdana Menteri;

(vi) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi;

(vii) Ketua Pengarah MAMPU;

(viii) Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri;

(ix) Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia;

(x) Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan;

(xi) Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri;

(xii) Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan;

(xiii) Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan

(xiv) Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Urus Setia: MAMPU, Jabatan Perdana Menteri


Memantapkan panel ini, kementerian serta agensi kerajaan lain termasuklah yang berasaskan latihan dan penyelidikan dan badan bukan kerajaan meliputi institusi pemikir serta persatuan juga individu berkepakaran akan turut dijemput ke mesyuarat ini mengikut keperluan isu.


Panel ini mengadakan mesyuaratnya dua (2) kali setahun bagi memberi ruang kepada penilaian dan pemantauan keberkesanan pelaksanaan berbanding sebelum ini enam (6) kali setahun.