orange green b
mampu
bangunan mampu

Tujuan

Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 10 Julai 2015.

Latar Belakang

Disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 2 Februari 2005 di Mesyuarat Jemaah Menteri dan pada 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) supaya Star Rating dilaksanakan

Pada 8 Februari 2007, Mesyuarat Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) memutuskan supaya Star Rating dilaksanakan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi Kerajaan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Berdasarkan input-input Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan pada 22 Januari 2008 serta pemerhatian Pasukan Inspektorat Star Rating MAMPU semasa melaksanakan penilaian Star Rating, MAMPU telah mengambil langkah untuk memantapkan kriteria penilaian Star Rating kementerian untuk tahun 2008.

Objektif

  1. Menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berfokuskan keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholders;

  2. Memperkasakan elemen Transformasi dan Inovasi sebagai budaya kecemerlangan agensi; dan

  3. Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi cemerlang.

Model Indeks SSR

model ssr


Model Indeks SSR merangkumi aspek-aspek penilaian yang dibahagi kepada dua (2) komponen iaitu:

i. Perkhidmatan Sokongan; dan

ii. Perkhidmatan Teras.

Setiap komponen memberi penekanan kepada empat (4) bidang fokus iaitu Transformasi, Inovasi, Kualiti dan Pematuhan. Setiap bidang fokus pula memberi tumpuan kepada aspek Outcome-Based, Customer-Centric, dan Stakeholder's Aspiration.

Agensi yang terlibat

Penilaian Indeks SSR akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan kategori agensi seperti yang berikut:

i. Kementerian;

ii. Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU);

iii. PejabatSetiausahaKerajaanNegeri/PejabatSetiausaha Kerajaan Persekutuan (PSUK/PSUP);

iv. Agensi Barisan Hadapan (ABH); dan

v. Agensi KPI Strategik (AKS).

KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG 2015

penarafanbintang 1penarafanbintang 2penarafanbintang 3penarafanbintang 4


>> KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG 2013

>> KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG BAGI TAHUN 2008 - 2012

Panduan Mengenai Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam

>> Manual Pengguna Sistem myStar - Penyelaras (15 Mac 2013)
>> Manual Pengguna Sistem myStar - Penyelia (15 Mac 2013)
>> Panduan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating)
>> Brosur Indeks Penarafan Bintang (SSR) - Sila cetak di atas kertas bersaiz A3 (secara depan belakang) bagi paparan terbaik.

Laporan Indeks SSR 2015

>> Laporan Indeks SSR

MAKLUMAT LANJUT :

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok B2, Parcel B,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

(u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan Pengurusan 2)


No. Telefon : 03-8872 5011
No. Faks : 03-8888 3565
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.