orange green b
mampu
bangunan mampu

Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sekali lagi akan menganjurkan Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM 2016 dari 18 hingga 20 Ogos 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM merupakan Persidangan yang dianjurkan secara bergilir oleh negara-negara anggota Komanwel.

 

WEb Banner capam 1

Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM yang ke-11 pada kali ini dengan tema Inovasi: Kepentingan dalam Perkhidmatan Awam yang akan memfokuskan kepada kepentingan inovasi dalam perkhidmatan awam melalui penilaian terhadap bagaimana Kerajaan membentuk budaya kerja terbaik dalam menggiatkan pendekatan terbaru, perkongsian dan sumber bagi berhadapan dengan cabaran pada masa kini dan akan datang. Agenda Persidangan kali ini direka dengan menawarkan sesi dialog berilmiah, perkongsian pengetahuan teori dan praktikal serta menjalinkan hubungan dengan peserta antarabangsa yang terdiri daripada pegawai kanan dan pentadbir awam yang bertanggungjawab menerajui dasar dan amalan inovasi dalam kepelbagaian bidang lapangan yang bukan sahaja terdiri daripada negara- negara anggota Komanwel. Platform yang penting seperti ini yang akan menghimpunkan para menteri-menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli akademik, pengamal penjawat awam dan golongan profesional daripada pelbagai organisasi adalah merupakan satu persidangan yang amat bermakna.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM 2016, sila layari laman sesawang https://www.capam.org/ bagi mendapatkan maklumat yang lanjut.