orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

Pengenalan

Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data-data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, facebook, twitter telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabytes dan petabyte data. Perkembangan fenomena Data Raya dan ketersediaan teknologi telah mendorong pertumbuhan inovasi baru dan membuka ruang agensi Kerajaan dan Swasta bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Selari dengan fenomena Data Raya dan hasrat Kerajaan bagi memacu perkhidmatan ICT, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Projek Rintis Data Raya Sektor Awam (DRSA). YAB Perdana Menteri dalam mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia (ICM) Bilangan 25 pada 14 November 2013 telah mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kolaborasi MAMPU dan Malaysia Development Corporation (MDeC) akan meneraju pelaksanaan Big Data Analytic (BDA) Malaysia. Mesyuarat tersebut juga bersetuju bahawa KKMM membangunkan Kerangka Kerja Data Raya Malaysia dengan kerjasama MAMPU dan MDeC; MAMPU dan MDeC berkolaborasi melaksanakan Projek Rintis BDA Sektor Awam; dan MDeC akan menerajui permulaan BDA Sektor Swasta.

Pelaksanaan projek rintis ini merupakan titik permulaan bagi memacu pelaksanaan DRSA di agensi-agensi Kerajaan. Pelaksanaan DRSA dijangka akan meningkatkan keupayaan Kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data, pembangunan bakat tempatan dan sekaligus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara.


Objektif
Objektif projek DRSA berkeupayaan memberi faedah kepada Sektor Awam dan rakyat diantaranya:

  1. DRSA dapat meningkatkan dan menambahbaik landskap persekitaran IT Sektor Awam dengan memanfaatkan aset data agensi-agensi yang sedia ada serta mengintegrasikan sumber data yang baharu. DRSA membantu pihak Kerajaan berinteraksi secara real time dan melaksana keputusan dengan lebih berkesan berdasarkan fakta dan penghasilan analisis maklumat.
  2. Mewujudkan produk dan perkhidmatan baharu daripada sumber data berdasarkan penghasilan dari volume, variety, velocity dan value maklumat.
  3. Mengurangkan persekitaran silo melalui kolaboratif antara agensi yang lebih kukuh dalam perkongsian maklumat dan keputusan.
  4. DRSA dapat menjana pemerkasaan daya pemikiran dan wawasan (insight). Pihak Kerajaan akan terus membina keyakinan untuk bertindak dengan kepantasan yang membolehkan keputusan dilaksana dengan  lebih tepat pada kekerapan yang lebih tinggi.

Pelaksanaan Projek Rintis

Pelaksanaan DRSA akan dimulakan dengan projek rintis. Pelaksanaan Rintis DRSA meliputi empat (4) data raya yang berbeza bagi setiap agensi rintis seperti berikut:

1.    Kawalan Harga - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
2.    Analisis Sentimen  - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
3.    Pencegahan Jenayah -  Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
4.    Ramalan Penyakit Berjangkit - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Projek Rintis DRSA ini juga dilihat dapat memberi faedah kepada Sektor Awam seperti berikut;

  1. Membangunkan platform bagi menampung Big Data Analytics (BDA) Solution untuk empat agensi rintis.
  2. Membina kemahiran dan kepakaran dalam bidang berkaitan Analitis Data Raya seperti data scientiest, data miner, data modeler dan sebagainya.
  3. Lesson learned kepada Kerajaan sebelum DRSA diperluaskan kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain.
  4. Mewujudkan BDA Solution bagi penggunaan dan analisis yang melibatkan Data Raya.
  5. Perkongisan data/maklumat di antara agensi-agensi Kerajaan.
  6. Meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dengan pembuatan keputusan yang lebih tepat dan berkesan dan seterusnya memberi faedah dan impak kepada rakyat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Ketua Pengarah,
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri,
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT,
Aras 2, Bangunan MKN-Embassy Techzone, Blok B,
No 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor.    
 (u.p:  Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT)


Pegawai untuk dihubungi :   
 
Dr. Anis Suhailis binti Abdul Kadir
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT,
MAMPU
Telefon: 03-8872 3018 / 019-2237370
E-mel : anissuhailis[at]mampu[dot]gov[dot]my
 
Cik Norjana binti Junny
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT,
MAMPU
Telefon: 03-8872 6292 / 019-6456135
E-mel : norjana[at]mampu[dot]gov[dot]my