orange green b
mampu
bangunan mampu

Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA)

Pengenalan

Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) merupakan inovasi perkhidmatan Kerajaan berasaskan mobile yang bertujuan untuk mempelbagaikan saluran perkhidmatan Kerajaan melalui peranti pintar.  Bertepatan dengan tagline “Mobiliti, Gaya Hidup Pintar”, rakyat boleh menggunakan perkhidmatan Kerajaan dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
GAMMA adalah sebuah gudang atau galeri aplikasi mudah alih perkhidmatan kerajaan yang berinovatif, selamat, dipercayai  dan sahih.  Kerajaan telah memperkenalkan GAMMA, sebuah galeri berpusat dan sahih untuk memudahkan rakyat Malaysia memuat turun aplikasi yang diperlukan untuk urusan berkaitan kerajaan. GAMMA boleh di capai melalui portal   http://gamma.malaysia.gov.my/ atau muat turun aplikasi GAMMA.my dari App Store, Google Play Store dan Windows Phone Store.


Pengguna telefon pintar yang mempunyai aplikasi GAMMA akan dapat mengakses dan memuat turun semua aplikasi kerajaan yang tersenarai secara percuma tanpa perlu ragu akan ketulenannya. Selain itu, aplikasi GAMMA juga adalah interaktif, cepat, mesra pengguna, percuma dan dapat disesuaikan dengan pelbagai jenis peranti pintar berasaskan android, iOS dan windows. GAMMA dikawal selia oleh Kerajaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Pegawai untuk dihubungi :   

Puan Aida Nora Binti Ismail
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Pembangunan Aplikasi,
MAMPU
Telefon: 03-8892 7404
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Encik Sawalrudin bin Abu Hassan
Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Pembangunan Aplikasi,
MAMPU
Telefon: 03-8872 5074
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.