orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO) MAMPU

 

 NUR HIDAYAH BINTI ABDULLAH

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Peranan dan Tanggungjawab

  • Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT MAMPU menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar  Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
  • Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT MAMPU bagi tujuan audit keselamatan ICT;
  • Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT MAMPU yang perlu diberikan perhatian rapi;
  • Memastikan tahap keselamatan ICT MAMPU adalah terjamin setiap masa;
  • Memastikan semua warga MAMPU memahami keperluan standard, garispanduan dan prosidur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  • Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di MAMPU;
  • Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garispanduan dan prosedur keselamatan ICT di MAMPU;
  • Melaporkan kepada GCERT MAMPU mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di MAMPU;
  • Membantu dalam membangunkan standard, garispanduan dan prosidur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di MAMPU bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  • Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggugjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di MAMPU;
  • Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT MAMPU; dan
    Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di MAMPU.