orange green b
mampu
bangunan mampu

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:

  1. Penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam dengan memperkenalkan dan mempromosikan program-program pembaharuan bagi jentera pentadbiran serta menilai dan mengiktiraf tahap prestasi agensi kerajaan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan responsif.
  2. Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam dengan merancang, menggubal, menyelaras dan menilai pelaksanaan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  3. Pakar runding dalam pengurusan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam. MAMPU memberi khidmat nasihat dan perundingan bagi memantapkan struktur, sistem, prosedur kerja serta pelaksanaan pembangunan TMK ke arah meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.
  4. Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. MAMPU menggembeleng ilmu, kepakaran dan sumber pelbagai pihak iaitu awam, swasta dan badan bukan kerajaan ke arah memperkasa pemodenan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan.
  5. Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan Sektor Awam dengan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif dan inovatif, berkualiti serta dapat dilaksanakan secara kos efektif.
  6. Pelaksana program promosi penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan mempromosi usaha-usaha penambahbaikan yang diperkenalkan oleh perkhidmatan awam melalui pelbagai saluran media.