orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

 

LATAR BELAKANG

Kerajaan telah menubuhkan KWAICT pada 13 Jun 2013 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 melalui Surat Ikatan Amanah bagi Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam.

TUJUAN

  • Menggalakkan pembangunan projek ICT menggunakan kepakaran dalaman dan memberikan ganjaran kepada pasukan projek yang berjaya menjimatkan kos bagi Kerajaan.
  • Meningkatkan kepakaran dalaman melalui pembiayaan Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam.
  • Menggalakkan lebih banyak penghasilan produk ICT tempatan, KWAICT juga menyediakan pembiayaan Program R & D ICT Sektor Awam. Antara contoh produk ICT tempatan termasuklah aplikasi, perkakasan berasaskan perisian, kaedah, rangka kerja dan model yang dibangunkan atau dihasilkan.

SUMBER DAN PENGGUNAAN

Sumber KWAICT diperoleh daripada Kementerian Kewangan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM1.0 juta. Peruntukan berikutnya akan dimohon daripada kementerian berkenaan berdasarkan pengiraan 20 peratus daripada amaun penjimatan kos, tertakluk kepada maksimum RM1.0 juta bagi setiap Projek ICT yang diberikan ganjaran melalui KWAICT ini. Penjimatan kos adalah daripada kiraan jumlah kos projek

bagi perkhidmatan yang dilaksanakan secara dalaman berbanding sekiranya perkhidmatan dilaksanakan oleh pihak swasta.

KWAICT akan digunakan untuk tujuan pemberian ganjaran dan pembiayaan seperti yang berikut:

  1. Memberikan ganjaran kepada Pasukan Projek ICT mengikut pengiraan 20 peratus daripada jumlah penjimatan kos tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM100,000.00.
  2. Membiayai Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam.

  3. Membiayai Program R & D ICT Sektor Awam.

  4. Membiayai perbelanjaan lain yang secara langsung berkaitan dengan pentadbiran KWAICT seperti yang ditetapkan dalam Surat Ikatan Amanah. Antara contoh perbelanjaan termasuklah penganjuran seminar atau bengkel, bayaran sagu hati penceramah dan perbelanjaan untuk pencetakan laporan serta bahan rujukan mengikut keperluan.

PELAKSANAAN

  1. Permohonan pemberian ganjaran dan pembiayaan daripada KWAICT hendaklah berpandukan Tatacara Permohonan Ganjaran dan Pembiayaan daripada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT) seperti Lampiran 1 dalam Pekeliling KWAICT.

  2. Tatacara ini menjelaskan kaedah permohonan ganjaran oleh Pasukan Projek ICT, permohonan pembiayaan Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam serta permohonan pembiayaan Program R & D ICT Sektor Awam. Tatacara ini juga menjelaskan kriteria dan proses penilaian, tadbir urus KWAICT serta tanggungjawab agensi.

PEMAKAIAN

  1. Pekeliling Am ini terpakai kepada semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan.

  2. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa negeri masing-masing, Pentadbiran Negeri disarankan untuk menubuhkan kumpulan wang amanah ICT bagi tujuan yang sama dengan menggunakan peruntukan negeri masing-masing.

TARIKH KUAT KUASA

Pekeliling Am ini berkuat kuasa mulai 2 September 2014.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Pekeliling Am ini boleh dikemukakan kepada:

Setiausaha Jawatankuasa KWAICT,
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

No. Telefon : 03 - 8000 8000
No. Faksimili : 03 - 8888 3721

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman sesawang untuk permohonan : http://kwaict.mampu.gov.my

Pekeliling KWAICT

 

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan KWAICT

  1. LAMPIRAN A - Borang Permohonan Pemberian Ganjaran Ahli Pasukan Projek ICT Sektor Awam
  2. LAMPIRAN A1 - Ringkasan Eksekutif
  3. LAMPIRAN A2 - Format Laporan Penuh Projek ICT
  4. LAMPIRAN A3 - Jadual Tempoh Penglibatan Ahli Pasukan Projek Ict Sektor Awam
  5. LAMPIRAN A4 - Jadual Tempoh Penglibatan Ahli Pasukan Projek Ict Pihak Swasta
  6. LAMPIRAN A5 - Jadual Penjimatan Kos Projek ICT
  7. LAMPIRAN B - Borang Permohonan Pembiayaan Program Peningkatan Kompetensi Dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam
  8. LAMPIRAN C -  Borang Permohonan Pembiayaan Program R & D ICT