orange green b
mampu
bangunan mampu

PANDUAN PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

1. Panduan ini telah digubal untuk menambah baik tatacara pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi menyemarakkan lagi kreativiti dan inovasi dalam sektor awam.

 

2. Objektif panduan adalah bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti agensi sektor awam sekaligus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:

(a) peningkatan pengetahuan dan kefahaman agensi-agensi sektor awam mengenai kaedah penubuhan, pelaksanaan dan pengurusan KIK;

(b) keupayaan mencipta kaedah kerja baharu yang berinovatif serta memenuhi matlamat Strategi Lautan Biru Kebangsaan;

(c) penggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk direplikasi dan dikomersialkan; dan

(d) pengukuhan semangat kerja berpasukan dan hubungan harmoni antara pihak pengurusan dan anggota organisasi.

 

3. KIK sebelum ini menumpukan kepada aspek proses penghasilan projek, manakala KIK baharu berfokuskan kepada outcome, impak dan potensi pengembangan projek bagi tujuan replikasi, pengkomersialan dan penyertaan dalam pertandingan. Tiga (3) fasa diperkenalkan di dalam panduan ini iaitu:

(a) Fasa Pertama : Penghasilan Projek
(b) Fasa Kedua : Pengiktirafan
(c) Fasa Ketiga : Pengembangan Projek

 

4. Pengurusan KIK dalam sektor awam telah dimantapkan lagi dengan pengenalan kepada sepuluh (10) elemen baharu seperti yang berikut:

(a) penubuhan dan pembentukan KIK Hibrid;
(b) pengenalan bidang dan kategori inovasi dalam KIK;
(c) pemboleh daya bagi pembangunan inovasi yang berkesan;
(d) penekanan kepada outcome dan impak projek KIK;
(e) penyediaan peruntukan kewangan, iaitu sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) daripada peruntukan latihan agensi Kerajaan untuk pembudayaan inovasi termasuk pelaksanaan projek KIK seperti latihan, pertandingan, aktiviti penyeragaman dan pengkomersialan produk atau hasil projek KIK;
(f) penggunaan Hab Inovasi Sektor Awam (HISA) secara optimum;
(g) pemilihan dan penggunaan kaedah serta teknik yang lebih fleksibel mengikut konteks pelaksanaan projek KIK;
(h) mekanisme penilaian yang bersepadu;
(i) pengembangan projek menerusi pengkomersialan, replikasi dan penyertaan dalam pertandingan inovasi; dan
(j) matriks agihan pendapatan hasil pengkomersialan.