orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

Sistem myCIO

 Pengenalan

Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 22 Mac 2000: Penamaan Ketua Pegawai Maklumat Sektor Awam menyatakan bahawa “agensi Sektor Awam perlu menamakan seorang Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di kalangan pengurusan atasan”.

Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2009 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 18 Mac 2009 telah menetapkan bahawa “MAMPU bertindak sebagai Pejabat CIO Sektor Awam dan menyediakan bidang rujukan CIO Sektor Awam”.

Peranan utama CIO di peringkat Sektor Awam adalah seperti yang berikut:
(a)    Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian/Negeri/Agensi dan ISP Sektor Awam;
(b)    Melaksana dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global;
(c)    Menyelaras penggalakan pembudayaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam; dan
(d)    Melaksana dan menyelaras inovasi Kerajaan Elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT.

Sehubungan itu, Sistem myCIO telah dibangunkan untuk menyimpan dan berkongsi maklumat CIO Sektor Awam.
Fungsi

Fungsi utama Sistem myCIO ini ialah untuk memastikan maklumat CIO Sektor Awam adalah tepat dan terkini. Senarai CIO agensi disusun mengikut kementerian/negeri untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat CIO.

Di samping itu, Borang Maklumat CIO Sektor Awam boleh dimuat turun melalui sistem bagi tujuan pengemaskinian maklumat CIO agensi masing-masing.

mycio

Klik disini untuk ke sistem CIO

Pegawai Bertanggungjawab

Pegawai yang boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut adalah seperti yang berikut:

Encik Abdlah @ Abdullah bin Nordin
Nombor Telefon: 03-8872 6385
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat:
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Blok B, Bangunan MKN Embassy Techzone
No. 3200, Jalan Teknorat 2
63000 Cyberjaya
Selangor