orange green b
mampu

Pengenalan

MyGDX adalah platform perkongsian maklumat yang menyediakan perkhidmatan broker data (data brokerage) bagi maklumat yang sering dirujuk oleh agensi yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Pelaksanaan MyGDX membolehkan maklumat diselaras dan dikongsikan merentasi agensi dengan lebih efisien. MyGDX berupaya mengurangkan pertindihan pembangunan dan kos penyelengaraan infrastruktur di agensi. Melalui MyGDX juga, peranan agensi dalam menjalankan bidang kuasanya dapat diperkukuhkan.

Pada masa kini, pengguna MyGDX adalah agensi Kerajaan yang berdaftar dengan MyGDX yang terdiri dari agensi persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan badan berkanun.


Objektif

Objektif pelaksanaan projek MyGDX adalah:

1.    Memudahkan perkongsian data serta mewujudkan penyelarasan antara agensi kerajaan
2.    Memastikan maklumat yang dikongsi adalah tepat, terkini dan konsisten daripada satu sumber yang sah dan sahih (single source of truth);
3.    Pemboleh daya integrasi secara seamless yang mengurangkan pertindihan pembangunan, pengoperasian dan penyenggaraan platform perkongsian data;
4.    Meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan pengurangan masa capaian dan pemprosesan data.


Faedah Projek MyGDX

Pelaksanaan perkongsian dan pengurusan data ini dapat memberikan faedah berikut:

  1. Mengurangkan pertindihan usaha dalam pengumpulan dan pengeluaran data seterusnya menjimatkan masa, tenaga kerja dan kos pembangunan aplikasi.
  2. Meningkatkan prestasi agensi sektor awam secara menyeluruh dalam usaha pembangunan dan pemulihan ekonomi negara.
  3. Memudahkan perkongsian data serta mewujudkan penyelarasan antara agensi sektor awam.
  4. Mewujudkan capaian data secara dalam talian bagi tujuan perancangan, pembangunan, pemantauan dan penguatkuasaan seterusnya mempercepatkan pelaksanaan Kerajaan Elektronik.

Capaian Portal MyGDX
https://mygdx.malaysia.gov.my


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Unit Operasi MyGDX
Unit Pemodenan Tadbiran Dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, No. 3200,
Bangunan MKN – Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 887 26278
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.