orange green b
mampu
bangunan mampu

Pengenalan

MyGovernment Online Services Portal (www.malaysia.gov.my) adalah portal rasmi Kerajaan Malaysia. Portal ini merupakan gerbang tunggal kepada maklumat dan perkhidmatan agensi Kerajaan Malaysia secara dalam talian. Inisiatif MyGovernment Online Services Portal dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Fungsi

MyGovernment Online Services Portal menyediakan gerbang utama bagi satu pusat setempat berdasarkan konsep ‘no wrong door’, komprehensif, selamat dan mudah bagi pengguna/ rakyat mencapai maklumat serta mendapatkan perkhidmatan dalam talian kerajaan.

MyGovernment Online Services Portal menyediakan pautan kepada lebih 1,200 portal agensi kerajaan dan kemudahan carian maklumat dan perkhidmatan dapat dilakukan dengan mudah.

Picture1

klik disini untuk ke laman MOSP

Pegawai bertanggungjawab

Mohd Hasiady Bin Yasin
Seksyen Pembangunan Aplikasi Digital
Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU
Tel : 03-8892 7404
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.