orange green b
mampu

banner update 01

 

Untuk makluman Tuan/Puan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan mengadakan Pertandingan Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2018 bermula 9 hingga 10 Oktober 2018 yang akan berlangsung secara berterusan selama 24 jam.  Majlis perasmian akan diadakan pada 9 Oktober 2018 di Dewan Auditorium, Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan Sektor Awam.  Objektif pertandingan ini adalah untuk:

  1. Menjana pemikiran kreatif dan berinovasi penjawat awam dalam menghasilkan aplikasi mudah alih kerajaan; dan
  2. Memperbanyakkan aplikasi mudah alih kerajaan yang memberi impak tinggi kepada rakyat (citizen-centric)

Sehubungan itu, adalah dimohon jasa baik pihak Tuan/Puan untuk membuat hebahan mempelawa penyertaan di Portal Rasmi MAMPU. Untuk keterangan lanjut berkaitan borang penyertaan serta terma dan syarat pertandingan boleh layari URL http://gamma.malaysia.gov.my/hackathon/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 September 2018 (Jumaat), jam 5.00 petang.

>> Syarat-syarat Penyertaan