orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

MESYUARAT PENGURUS ICT SEKTOR AWAM 2017

Mesyuarat Pengurus ICT Sektor Awam 2017 telah diadakan pada 21 Mac 2017, jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Bitara, Aras 4, Blok B2, MAMPU Putrajaya. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Suhazimah binti Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU. Seramai 34 orang Pengurus ICT atau wakil daripada 21 Kementerian dan 13 Agensi barisan hadapan telah menghadiri mesyuarat tersebut. Kertas pembentangan adalah seperti berikut :

1. Kertas 1 : Hab Perkongsian Maklumat Kerajaan dan National Registries 
2. Kertas 2 : Metodologi Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA)
3. Kertas 3 : Pelan Tindakan Transformasi Kerajaan Digital Lonjakan Penarafan Antarabangsa

Kertas pembentangan bagi sesi Technology Update, mohon berhubung terus dengan pihak Gartner, Puan Shima Mohamed Husin melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut.