orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

KEW.PA-27

KENYATAAN JUALAN LELONGAN ASET ALIH KERAJAAN


Dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan mengadakan jualan lelongan aset berdasarkan ketetapan seperti yang berikut:


                             Tarikh    :     24 Mei 2017 (Rabu)

                             Masa      :     10.00 pagi
                             Tempat  :     Sudut Warisan, Aras 2, Blok B2, MAMPU, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) 62502 PUTRAJAYA   


2. Senarai aset yang akan dilelong adalah seperti di KEW.PA-27(A). Semua aset boleh dilihat pada tarikh 15 Mei 2017 (Isnin) hingga 16 Mei 2017 (Selasa) di Sudut Warisan, Aras 2, Blok B2, MAMPU, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), 62502 Putrajaya di antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

3. Syarat dan peraturan lelong adalah seperti berikut:-

  1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan;
  2. Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan, perlu mendaftar dengan Pegawai Pelelong dengan memberikan nama penuh, no. Kad Pengenalan dan alamat kepada Pegawai Pelelong semasa lelongan dilakukan serta membayar deposit sebanyak 5% daripada harga simpanan atau maksimum RM1,000;
  3. Penawar harga tertinggi adalah pembida yang berjaya dan jika ada apa-apa perselisihan yang berbangkit mengenai penawar yang tertinggi, aset berkenaan akan dilelong semula;
  4. Jabatan berhak mengubah susunan jualan tersebut di senarai KEW.PA-27(A) dan menarik balik mana-mana aset daripada senarai tersebut;
  5. Semua aset adalah dilelong sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis);
  6. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual;
  7. Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset hendaklah ditanggung oleh pembida sendiri;
  8. Pembida yang berjaya hendaklah memberitahu nama penuh, no. Kad Pengenalan dan alamat kepada Pegawai Pelelong semasa jualan dilakukan;
  9. Pembayaran penuh hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan;
  10. Pembida yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh lelong. Jika tidak, Jabatan berhak untuk melupuskannya; dan
  11. Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset boleh dikeluarkan dari premis Jabatan

 Maklumat selanjutnya pada Notis Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih Kerajaan