orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

Web Banner TN50

 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta kerjasama strategik dengan agensi peneraju iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Civil Service Delivery Unit (CSDU), Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah melaksanakan inisiatif dalam membangunkan Portal TN50 Penjawat Awam.

Portal TN50 ini yang diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri merupakan salah satu platform input crowdsourcing bagi mengumpul pandangan dan aspirasi kumpulan sasar penjawat awam selain penganjuran Sesi Dialog TN50 yang diadakan secara bersiri. Input-input ini akan dianalisis, disintesis dan diterbitkan menjadi satu laporan atau dokumen akhir dan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diintegrasikan dengan laporan keseluruhan crowdsourcing yang diadakan sepanjang tahun 2017.

Soft launching Portal TN50 ini telah dilaksanakan semasa Sesi Dialog TN50 YAB Perdana Menteri Bersama-sama Penjawat Awam pada 31 Mei 2017 yang lalu melalui hebahan laman sesawang http://tn50.pmo.gov.my/. Kongsikan aspirasi dan pengharapan anda berkaitan perkhidmatan awam menjelang tahun 2050 di Portal TN50 ini.