orange green b
mampu
bangunan mampu

wsis poster

 

PANDUAN PENGUNDIAN DALAM TALIAN UNTUK PERTANDINGAN WSIS PRIZES 2018

1. Layari https://www.itu.int/net4/wsis/prizes/2018/

2. Klik butang “Nominations”

3. Klik butang “Nominated Projects”

4. Senarai projek yang tercalon akan dipaparkan mengikut kategori. Klik butang “Vote”

5. Antaramuka log masuk akan dipaparkan:

    5.1. Sekiranya anda sudah mendaftarkan akaun di WSIS Stocktaking Platform, log masuk
           menggunakan nama pengguna atau emel1 yang telah didaftarkan serta katalaluan.
    5.2. Sekiranya anda seorang pengguna baharu, daftar akaun baharu menggunakan emel
           peribadi dengan menekan pautan “click here to register”:

           i. Isi maklumat yang diperlukan. Satu email pengesahan akan dihantar ke
              akaun email yang didaftarkan;
          ii. klik pautan pengesahan yang dihantarkan ke akaun email anda;
         iii. antaramuka log masuk akan dipaparkan; dan
         iv. log masuk menggunakan nama pengguna atau alamat email dan katalaluan
             yang telah didaftarkan

6. Senarai projek akan dipaparkan mengikut kategori. Pilih produk MAMPU yang dicalonkan
dengan menekan butang “Vote for this Project” di sebelah kanan ruangan maklumat projek.

7. Produk-produk MAMPU yang dicalonkan adalah seperti berikut:

     7.1. Category 1: The Role of Government and All Stakeholders in the Promotion of ICTs
            for Development

            i. Implementation of 1Government Entreprise Architecture (1GovEA) Phase 1

     7.2. Category 2: Information and Communication Infrastructure

            i. 1Gov*Net Project: Connected Government

     7.3. Category 5: Building Confidence and Security in Use of ICTs

            i. Government Public Key Infrastucture (GPKI)

     7.4. Category 7: ICT Applications: E-Government

            i. Gallery of Malaysian Government Mobile Applications (GAMMA)
           ii. 1Malaysia One Call Centre (1MOCC)
          iii. Digital Document Management System (DDMS)

 ___________________________________

1 Sejajar dengan syarat yang ditetapkan penganjur, alamat emel yang digunakan untuk tujuan pendaftaran
hendaklah menggunakan alamat emel peribadi dan bukan alamat emel rasmi MAMPU sebagai peserta
pertandingan.


    7.5. Category 17: Ethical Dimensions of the Information Society

           i. Malaysian Public Sector Business Process Digital Tools (MyISMS)

 

Terma dan Syarat Pengundian

1. Hanya ahli berdaftar dengan WSIS Stocktaking Platform (STK) yang telah melengkapkan
maklumat yang diperlukan sahaja boleh mengundi projek-projek yang telah disenarai pendek.

2. Entiti / organisasi pemilik projek yang bertanding tidak dibenarkan menilai / mengundi projek
mereka sendiri.

3. Undian semua ahli STK dinilai secara adil dan saksama.

4. Setiap ahli STK hanya boleh mengundi satu (1) projek sahaja bagi setiap kategori.

5. Stakeholders hendaklah melengkapkan pengundian bagi kesemua 18 kategori.

6. WSIS Stocktaking berhak menggunakan maklumat entiti/organisasi yang dikemukakan oleh
stakeholders/ahli STK.

 

>> Panduan Pengundian Dalam Talian Untuk Pertandingan WSIS Prizes 2018.