orange green b
mampu
  1. Merancang dan melaksanakan dasar operasi program khidmat nasihat dan perundingan mengenai pelaksanaan program pembangunan organisasi, pembangunan pengurusan, transformasi dan inovasi serta pematuhan dan pengiktirafan.
  2. Merancang dan melaksanakan  program khidmat nasihat dan perundingan mengenai:
    1. Pembangunan Organisasi (Pelan Strategik, Pelan Risiko, Penjenamaan)
    2. Pembangunan Pengurusan (BPR dan Pengurusan Perubahan)
    3. Transformasi dan Inovasi (Panel Penilai, Taklimat/Ceramah, KIK)
    4. Pematuhan dan Pengiktirafan (SSR, Mystery Shopping, Inspektorat, Audit EKSA dan Anugerah Inovasi)ematuhan dan pengiktirafan.
  3. Melaksanakan pemantauan dan penilaian terhadap pencapaian pelaksanaan pembangunan organisasi, pembangunan pengurusan, transformasi dan inovasi serta pematuhan dan pengiktirafan.
  4. Merancang  dan melaksanakan Program Pengiktirafan bagi agensi di Sabah yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang dalam organisasi atau bidang tertentu yang dikenal pasti.
  5. Merancang dan melaksanakan program promosi dan hebahan inisiatif – inisiatif MAMPU
  6. Keurusetiaan dan menguruskan Majlis Hari Inovasi dan Konvensyen KIK.
  7. Merancang dan melaksanakan program-program penggalakan pembudayaan penggunaan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
  8. Menyediakan khidmat rundingan dan nasihat ICT mengenai pelaksanaan dasar, polisi, standard, garis panduan dan program-program peningkatan pembangunan ICT perkhidmatan awam.
  9. Membantu memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek Kerajaan  Elektronik.
  10. Memantau perkhidmatan dan keperluan perkhidmatan 1Gov*Net di peringkat negeri Sabah
  11. Mewakili MAMPU dengan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa ICT negeri .
  12. Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi projek Kerajaan Elektronik termasuk semua perkhidmatan ‘on-line'.
  13. Membantu menyelaras dan memantau pelaksanaan laman web Sektor Awam.
  14. Memantau dan memberi sokongan teknikal projek-projek Kerajaan Elektronik di peringkat negeri.
  15. Mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan keperluan ICT termasuk penyelenggaran perkakasan dan perisian, rangkaian dan sistem aplikasi.
  16. Menjalankan tugas keurusetiaan dan memberi sokongan teknikal untuk semua majlis dan program jabatan.
  17. Mengendalikan latihan ICT dalaman.
  18. Melaksanakan urusan pentadbiran,sumber manusia, kewangan dan akaun MAMPU Sabah

 

                                                                                                                                                                                                      Dikemas kini pada 04.05.2018