orange green b
mampu

SEKSYEN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR RANGKAIAN ICT

  1. Merancang, menilai, menganalisa, melaksana dan mengurus infrastruktur rangkaian ICT bagi Sektor Awam (Rangkaian 1Gov*Net, Putrajaya Campus Network (PCN), IPv6 dan Putra Wifi).
  2. Melaksana perkhidmatan dan menyelenggara rangkaian Wide Area Network (WAN) 1Gov*Net, Local Area Network (LAN) PCN, termasuk konsolidasi rangkaian agensi dan pelaksanaan 1Gov*Net global.
  3. Merancang, mengkaji keperluan, menganalisa dan melaksana perkhidmatan NextGen rangkaian PCN dan 1Gov*Net.
  4. Menganalisa penyeragaman, konsolidasi, migrasi dan integrasi rangkaian ICT Sektor Awam WAN, LAN, rangkaian Cloud Computing dan kolaborasi rangkaian ICT antara Agensi.
  5. Merangka dan mengurus pelaksanaan kajian impak, kajian kepuasan pelanggan, penilaian rangkaian, penyediaan artikel dan laporan berkaitan rangkaian PCN & 1Gov*Net.
  6. Merangka, mengurus, menilai dan melaksana penggunaan alamat IPv6 di rangkaian Sektor Awam.
  7. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran dalam penyediaan perkhidmatan rangkaian ICT dan perkembangan teknologi rangkaian ICT terkini.

 

SEKSYEN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PUSAT DATA

  1. Merancang, merangka, melaksana, mengurus, menyelenggara, menganalisa dan menilai keperluan perkhidmatan Cloud Computing bagi Agensi Sektor Awam.
  2. Merangka, menilai, menganalisa keperluan peralatan dan perisian ICT bagi kegunaan Agensi Sektor Awam secara gunasama.
  3. Merangka, menilai, menganalisa dan mengurus pelaksanaan konsolidasi dan migrasi Pusat Data Agensi Sektor Awam.
  4. Merangka, menilai, menganalisa dan mengurus pelaksanaan konsolidasi dan migrasi Pusat Pemulihan Bencana (DRC) Agensi Sektor Awam.
  5. Merangka, menilai, menganalisa dan mengurus fasiliti Pusat Data.
  6. Merancang, merangka, melaksana, mengurus, dan mengoperasi bantuan teknikal infrastruktur ICT dan Gerbang Perkhidmatan ICT.
  7. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran dalam perkhidmatan rangkaian ICT dan teknologi terkini peralatan dan perisian pusat data serta Cloud Computing.

SEKSYEN KESELAMATAN ICT

  1. Merancang, mengurus, menganalisa, melaksana dan memantau Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (GPKI).
  2. Merancang, mengurus, menganalisa, melaksana dan memantau Perkhidmatan Digital Time Stamping (DTS).
  3. Merancang, mengurus dan melaksana Government Computer Emergency Response Team (GCERT) dan memantau pelaksanaan CERT agensi Sektor Awam.
  4. Merancang, mengurus dan melaksana Makmal Digital Forensik MyDFLab.
  5. Merancang, mengurus, melaksana dan memantau pelaksanaan dan pengauditan Information Security Management System (ISMS) BPG.
  6. Menyelaras maklumat ICTSO agensi Sektor Awam.
  7. Mengurus dan memantau pengurusan risiko dan pengurusan kesinambungan perkhidmatan (PKP) BPG.

SEKSYEN PEMBANGUNAN GERBANG KONSOLIDASI DAN INTEGRASI PERKHIDMATAN ICT

  1. Merancang, merangka, melaksana dan mengurus perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
  2. Merancang, merangka, melaksana dan mengurus perkhidmatan pengoperasian, kawalan dan pemantauan berpusat bagi perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
  3. Menilai, memantau, menganalisa dan menyelaras keperluan infrastruktur Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
  4. Merancang dan menguruskan perkhidmatan meja bantuan pengguna perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
  5. Menguruskan, menilai, dan menyelenggara aspek keselamatan bagi perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.
  6. Merancang, melaksana dan mengurus peluasan perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam di agensi baharu.
  7. Merancang, melaksana dan mengurus pengurusan perubahan Komunikasi Bersepadu Sektor Awam.



                                                                                                                                                                                                           Dikemas kini pada 04.05.2018