orange green b
mampu

SEKSYEN PENGURUSAN PENAWARAN PERKHIDMATAN 1

  1. Perancangan dan penyelarasan penyediaan standard serta garis panduan pengurusan inovasi serta pengurusan prestasi sektor awam.
  2. Perancangan dan penyelarasan kajian serta penyelidikan mengenai aspek pembangunan pengurusan perkhidmatan awam, pembangunan organisasi, transformasi, sistem dan prosedur kerja dan inovasi selaras dengan perkembangan semasa.
  3. Perancangan kajian dan pembangunan metodologi dan model-model baharu inovasi dan pengurusan prestasi ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan sektor awam.
  4. Perancangan dan pelaksanaan kajian impak dan penilaian keberkesanan (regulatory impact assessment) pelaksanaan dasar, standard, garis panduan dan amalan terbaik pelbagai aspek inovasi dan pengurusan prestasi.
  5. Perancangan dan penyelarasan sesi libat urus (engagement) dengan agensi-agensi sektor awam yang melibatkan kajian pengukuhan pengurusan organisasi dan penyampaian sistem perkhidmatan awam menepati kehendak pelanggan serta pemegang taruh.
  6. Perancangan kajian kemungkinan serta penilaian keberkesanan dasar / amalan sedia ada bagi tujuan kesesuaian serta penambahbaikan.
  7. Penyelarasan dan pembangunan mekanisme pemantapan berteraskan inovasi dan kreativiti bagi ke aras perubahan sistem penyampaian perkhidmatan  selaras dengan perkembangan semasa.

SEKSYEN PENGURUSAN PENAWARAN PERKHIDMATAN 2

  1. Perancangan dan penyelarasan penyediaan standard serta garis panduan pengurusan amalan terbaik sektor awam.
  2. Perancangan dan penyelarasan kajian serta penyelidikan mengenai pembangunan pengurusan perkhidmatan awam, pembangunan organisasi, transformasi dan penyampaian perkhidmatan selaras dengan perkembangan semasa.
  3. Perancangan dan penyelarasan kerangka penerbitan buku/ aktikel/ jurnal/ teks ucapan dan sebagainya berkaitan perancangan pengurusan dan pemodenan tadbiran.
  4. Perancangan dan penyelarasan kajian pengurusan, kajian impak dan penilaian keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan amalan terbaik sektor awam
  5. Perancangan dan penyelarasan sesi libat urus (engagement) dengan agensi-agensi sektor awam yang melibatkan kajian pengurusan, kajian impak dan penilaian keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan amalan terbaik menepati kehendak pelanggan serta pemegang taruh.
  6. Perancangan dan penyelarasan kajian kemungkinan serta penilaian keberkesanan dasar / amalan sedia ada bagi tujuan kesesuaian serta penambahbaikan.


SEKSYEN PENGURUSAN PENAWARAN PERKHIDMATAN 3

Pendaftaran Perniagaan dan Pengurusan Perubahan 

  1. Perancangan dan penyelarasan konsolidasi Registri Pendaftaran Perniagaan sedia ada kepada registri yang tunggal.
  2. Perancangan dan penyelarasan peluasan penggunaan nombor pendaftaran perniagaan sebagai ‘nombor pengenalan perniagaan tunggal’ oleh entiti-entiti perniagaan dan agensi-agensi awam.
  3. Perancangan dan penyelarasan pengecualian fi pembekalan maklumat profil entiti perniagaan bagi tujuan perkongsian maklumat.
  4. Perancangan dan penyelarasan penyediaan input bisnes pendaftaran perniagaan bagi pembangunan architecture integrasi pendaftaran perniagaan dan pelesenan perniagaan.
  5. Perancangan dan penyelarasan penyediaan maklumat pendaftaran entiti-entiti perniagaan sebagai input kepada pembangunan Gerbang Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan.
  6. Perancangan dan penyelarasan pelaksanaan kajian-kajian berkaitan transformasi pendaftaran perniagaan.
  7. Perancangan dan penyelarasan pelaksanaan program-program pengurusan perubahan.

 

Pelesenan Perniagaan, Penyampaian Perkhidmatan dan Transformasi Sabah & Sarawak

  1. Perancangan dan penyelarasan pengumpulan dan verifikasi maklumat lesen dan permit di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Perancangan dan penyelarasan pelaksanaan pemetaan lesen mengikut sektor, aktiviti, dan geografi berdasarkan klasifikasi piawaian.
  3. Perancangan dan penyelarasan pelaksanaan proses memasukkan data (data entry) ke dalam Portal Informasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan.
  4. Perancangan dan penyelarasan pelaksanaan penyampaian  perkhidmatan pelbagai saluran.
  5. Perancangan dan penyelarasan transformasi pendaftaran dan pelesenan perniagaan di Sabah dan Sarawak.
  6. Perancangan dan penyelarasan pelaksanaan kajian-kajian berkaitan transformasi pelesenan perniagaan, penyampaian perkhidmatan pelbagai saluran dan transformasi pendaftaran dan pelesenan perniagaan di Sabah dan Sarawak. 

 

Pengurusan Projek

  1. Penyelarasan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja SME HIP 1 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SME HIP 1.
  2. Penyelarasan penyediaan kertas pembentangan.

 

                                                                                                                                                                                                       Dikemas kini pada 04.05.2018