orange green b
logo 1akses
mampu
bangunan mampu

Pusat Data Sektor Awam menyediakan perkhidmatan pusat data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi pengoperasian perkhidmatan ICT secara berpusat untuk agensi-agensi Kerajaan. Pusat Data Sektor Awam menggunakan teknologi hijau dengan ciri-ciri seperti berikut:

Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Data Sektor Awam merangkumi:

1.    Fizikal & Virtual Server Hosting
Menyediakan ruang dan menguruskan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi dan integrasi rangkaian.

2.    Perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC)
Menyedia, mengurus dan mengoperasi perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana bagi agensi-agensi Kerajaan. Perkhidmatan merangkumi penyediaan ruang dan rak, rangkaian, Keselamatan dan migrasi secara fizikal ke virtual, virtual ke virtual dan migrasi secara fizikal.

3.    Gateway Viruswall
Mengoperasi dan memantau perkhidmatan Gateway Viruswall bagi agensi-agensi yang menggunakan perhidmatan ini.

4.    Backup & Restore
Menyediakan perkhidmatan backup dan restore bagi pelayan aplikasi yang ditempatkan di PDSA.

5.    Perkhidmatan Sokongan
Menguruskan dan memantau status pengoperasian peralatan-peralatan sokongan serta infrastruktur Pusat Data Sektor Awam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
 
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200, Jalan Teknorat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
(U.P:  Pengarah,
          Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama dan
          Keselamatan ICT)

Maklumat Perhubungan:

Pasukan Projek Pusat Data Sektor Awam
E-mel    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.