orange green b
mampu

Seranta Awam Atas Talian (Online Public Engagement) adalah inisiatif Kerajaan dalam memberikan ruang dan galakan kepada orang awam mengutarakan pandangan dan maklum balas  bagi semua draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan, dan lain-lain), tidak kira sama ada cadangan baru atau pindaan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen ataupun tidak.


Sehubungan itu, Portal ini disediakan untuk perundingan awam dan akan memaparkan draf cadangan baru atau pindaan undang-undang/dasar di bawah seliaan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Draf tersebut akan dipaparkan pada laman web ini dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.


Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Seranta Awam Atas Talian, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012.

Ruangan ini disediakan adalah untuk mendapatkan penglibatan orang awam terhadap garispanduan/pekeliling/kajian yang dijalankan oleh MAMPU. Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan awam akan dijadikan panduan untuk menambahbaik perkhidmatan kami. Pandangan/cadangan/pertanyaan mengenai draf ini juga boleh ditujukan kepada : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Kajian Lepas

Bil. Perkara Tempoh Kajian Status Kajian
1. Soal Selidik Kefahaman Modul Pengurusan 24 Februari - 9 Mac 2017 Tutup
1. Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran MAMPU 2016 31 Oktober 2016-22 November 2016 Tutup
  2.

Kajian Keberkesanan Promosi MAMPU 2015

- Hebahan promosi pelaksanaan Kajian Keberkesanan Promosi MAMPU 2015

- Hasil Kajian Keberkesanan Promosi MAMPU 2015 dan Penyediaan kepada Pelan Promosi MAMPU 2016

22 Disember 2015-8 Januari 2016 Tutup
3. RAKKSSA - Rangka Kerja Keselamatan Cyber Sektor Awam   Tutup
4. Portal Data Terbuka Malaysia Versi Beta   Tutup