Urus setia Induk Penilaian Anugerah-anugerah Kualiti Sektor Awam
Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) merangkumi Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM), Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKICT), Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK), Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (AKPBT), Anugerah Kualiti Pentadbiran Daerah dan Tanah (AKPDT), Anugerah Kualiti Pengurusan Projek (AKPP), Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA), Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Di antara Sektor Awam dan Sektor Swasta (AIPB) dan Anugerah Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (AKMK).
Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan khusus kepada agensi-agensi dalam sektor awam yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang dalam organisasi atau dalam bidang tertentu. Pemberian Anugerah ini adalah sebahagian daripada aktiviti utama di bawah Gerakan Budaya Cemerlang. Pemilihan pemenang Anugerah dan Majlis Penyampaian akan dilakukan secara tahunan.
Anugerah-anugerah ini diwujudkan dengan tujuan:
-
Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang kualiti dalam sektor awam;
-
Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi Kerajaan yang telah menunjukkan pemahaman yang mendalam tentang pengurusan dan peningkatan kualiti serta yang mencapai tahap kepimpinan kualiti yang unggul
-
Memberi publisiti tentang strategi-strategi kualiti yang berjaya;
-
Menggalak persaingan yang sihat di antara agensi-agensi Kerajaan ke arah memperbaiki lagi amalan pengurusan kualiti; dan
- Memberi manfaat kepada agensi untuk menilai tahap kecemerlangan agensi masing-masing serta mengetahui kekuatan, kelemahan dan cadangan pembaikan masing-masing bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Maklumat Anugerah-anugerah:
- Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) Tahun 2008
Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKICT)
- Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK)
Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (AKPBT)Anugerah Kualiti Pentadbiran Daerah dan Tanah (AKPDT)
Anugerah Kualiti Pengurusan Projek (AKPP)
- Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) Tahun 2008

Borang
Anugerah Inovasi Awam (AIPA)
Senarai
Pemenang Anugerah AIPA Tahun 2007
- Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Di Antara Sektor Awam Dan Sektor Swasta (AIPB)
- Anugerah Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (AKMK)
[Mulai tahun 2002, AKMK telah dikendalikan oleh INTAN. Sila rujuk: www.intanbk.intan.my];
Senarai Pemenang Anugerah Kualiti Sektor Awam:
Pekeliling/Garis Panduan:- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 7 Tahun 1991Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2006
Maklumat Lanjut:Urus Setia Anugerah Kualiti Sektor Awam
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-8888 2451
No. Fax : 03-8888 3565




