Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik atau Electronic Government Activity Act (EGAA)?
EGAA adalah suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan antara Kerajaan dengan orang awam, penggunaan mesej elektronik untuk memenuhi kehendak undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urusan melalui penggunaan cara elektronik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Bila EGAA berkuatkuasa?
EGAA telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2008.
Tujuan EGAA diwujudkan
EGAA diwujudkan bagi membolehkan Kementerian/Agensi Kerajaan melaksanakan sesuatu aktiviti di dalam sesuatu Akta secara elektronik.
Pemakaian EGAA
EGAA hanya terpakai bagi Undang-undang Persekutuan yang ditetapkan mengikut seksyen 6 di dalam EGAA tersebut.
Peranan Jabatan/Agensi di dalam melaksanakan EGAA
Jabatan/Agensi yang ingin melaksanakan EGAA perlulah mengenal pasti aktiviti-akitiviti yang hendak dilaksanakan secara elektronik dan mendapat nasihat daripada Penasihat Udang-Undang Kementerian/Agensi dan MAMPU. Jabatan/Agensi hendaklah menyediakan aplikasi secara elektronik dan memastikan keberkesanan aplikasi tersebut seperti yang ditetapkan di dalam Arahan Teknologi Maklumat sebelum EGAA dikuatkuasakan.
Dimanakan Agensi boleh mendapat bantuan khidmat nasihat mengenai EGAA?
Jabatan/Agensi boleh mendapat nasihat daripada MAMPU (Jabatan Perdana Menteri), Jabatan Peguam Negara dan Penasihat Undang-Undang Kementerian.
Maklumat Lanjut :
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan ICT)
Tel: 603-8872 5161
Faks: 603- 8889 4841
Email: m.rosli@mampu.gov.my
Kemaskini : 5 November 2009 |