Pengurusan Sistem Enterprise (ESM)

Objektif perkhidmatan ESM ialah untuh memastikan pelayan-pelayan dan peralatan di bawah kawal selia SSO sentiasa beroperasi dengan baik tanpa sebarang gangguan.

Perkhidmatan ESM ditawarkan khusus untuk projek-projek Kerajaan Elektronik yang memerlukan dan meliputi keupayaan-keupayaan seperti berikut:


  • Event Monitoring (EM)

    Keupayaan untuk mendapatkan maklumat setiap peristiwa (events) yang berlaku dan system messages daripada setiap pelayan yang dipantau melalui konsol berpusat. Ini bermakna, pengesanan peringkat awal awal lagi dapat dibuat jika terdapat sebarang masalah yang dihadapi oleh pelayan.

  • Fault & Recovery Management (FRM)

    Perkhidmatan pemulihan secara automatik dilaksanakan oleh FRM berdasarkan kepada kejadian atau events dan system messages yang dikategorikan sebagai kritikal.

  • Software Distribution (SD)

    Keupayaan untuk melaksanakan pengagihan perisian seperti virus patches, system updates dan lain-lain lagi secara berpusat dan automatik kepada pelayan-pelayan yang dipantau oleh ESM.

  • Remote Management (RM)

    Kemudahan untuk mengakses pelayan di lokasi yang jauh atau remote menerusi konsol berpusat. Kaedah ini amat menjimatkan masa dan kos tanpa perlu berada secara fizikal di pelayan berkenaan bagi menjalankan kerja troubleshooting.

  • Asset & Inventory Management (AIM)

    Pemantauan maklumat inventori perkakasan dan perisian disetiap pelayan secara automatik.

Maklumat Lanjut :

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2, Parcel B,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Pengarah Bahagian Pembangunan Kerajaan Elektronik)

Telefon :03-8888 2388
Faks : 03-8888 3997
Emel: shahar@mampu.gov.my


 

MAMPU telah berjaya memperoleh persijilan standard MS ISO 9001:2000 pada 20 April 2007.
50 Tahun Merdeka
Multimedia Super Corridor