Perkhidmatan Government Computer Emergency Response Team (GCERT)

Perkhidmatan Government Computer Emergency Response Team (GCERT) di MAMPU adalah bertanggungjawab menangani semua laporan insiden keselamatan ICT yang melibatkan agensi Kerajaan termasuk:

  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas insiden keselamatan yang dilaporkan
  • Menyebarkan maklumat bagi membantu pengukuhan keselamatan ICT sektor awam dari semasa ke semasa
  • Menyediakan khidmat nasihat kepada agensi-agensi dalam mengesan, mengenal pasti dan menangani sesuatu insiden keselamatan
  • Menyelaras dengan pihak-pihak yang terlibat seperti Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT), pembekal, Internet Service Provider (ISP) dan agensi-agensi penguat kuasa
  • Semua insiden keselamatan ICT perlu dilaporkan kepada GCERT. Laporan mengenai insiden keselamatan ICT adalah penting kepada GCERT untuk:
  • Memberi bantuan teknikal dalam pengendalian insiden keselamatan ICT
  • Berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai isu-isu keselamatan ICT
  • Mengumpul statistik bagi Perancangan Strategik bagi pemantauan keselamatan ICT
  • Mewujudkan kesedaran mengenai keselamatan ICT
  • Memupuk kerjasama dan hubungan baik di antara agensi


Pekeliling/Garis Panduan :

Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000

 

Maklumat Lanjut :

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok B2, Parcel B,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Pengarah Bahagian Keselamatan ICT)

Tel: 603-8888 2273
Faks: 603- 8888 3286
Email: ictsec@mampu.gov.my

Laman web : http://gcert.mampu.gov.my

 


 

MAMPU telah berjaya memperoleh persijilan standard MS ISO 9001:2000 pada 20 April 2007.
50 Tahun Merdeka
Multimedia Super Corridor