KHIDMAT RUNDING PELAKSANAAN PEREKAYASAAN PROSES DAN PROSEDUR KERJA
Pengenalan
Perekayasaan proses dan prosedur kerja salah satu pendekatan yang sistematik untuk menambahbaik proses dan prosedur kerja semasa. Ia melibatkan perubahan asas pemikiran dan reka bentuk semula proses dan prosedur kerja secara radikal bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta mencapai prestasi yang lebih tinggi dari aspek kos, kualiti, perkhidmatan dan masa.
Pelaksanaan perekayasaan proses dan prosedur kerja melibatkan empat fasa seperti berikut:
Pelaksanaan perekayasaan proses dan prosedur kerja melibatkan empat fasa seperti berikut:
- Persediaan
- Analisis Proses dan Prosedur Kerja Semasa
- Reka Bentuk Proses dan Prosedur Kerja Baru
- Pelaksanaan
Perkhidmatan oleh MAMPU
MAMPU memberi khidmat rundingan kepada agensi-agensi bagi melaksanakan perekayasaan proses dan prosedur kerja di jabatan masing-masing menerusi penganjuran bengkel atau klinik bimbingan yang biasanya mengambil masa 2-3 hari.
Objektif
- mendedahkan agensi dengan konsep dan teknik-teknik perekayasaan proses dan prosedur kerja; dan
- membimbing agensi melaksanakan perekayasaan proses dan prosedur kerja di jabatan masing-masing.
Garis Panduan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan kepada:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p.: Pengarah Bahagian Pembangunan Pengurusan)
Nombor telefon : 03 – 8872 5007
Nombor faks : 03 – 8888 5145
Emel : zulkefli@mampu.gov.my
Kemaskini : 24 November 2009
|
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my
Tarikh Kemaskini : 10 March 2010
Bil. Pelawat/Visitor No
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my
Tarikh Kemaskini : 10 March 2010
Bil. Pelawat/Visitor No


















