Khidmat Runding Perancangan Strategik Organisasi
Pengenalan
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan melalui proses penetapan hala tuju, pengenalpastian isu-isu strategik serta penggubalan strategi-strategi ke arah pencapaian objektif organisasi yang disasarkan.
Perancangan strategik merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- pembentukan/penyemakan semula pernyataan visi dan misi;
- penganalisisan trend persekitaran dalaman dan luaran;
- penganalisisan kehendak pelanggan dan stakeholders;
- pengenalpastian isu-isu strategik;
- penentuan objektif strategik organisasi;
- penggubalan KRA/KPI dan pelan tindakan; dan
- penyediaan dokumen pelan strategik.
Perkhidmatan oleh MAMPU
MAMPU memberi khidmat rundingan kepada agensi-agensi bagi membangunkan pelan perancangan strategik organisasi menerusi penganjuran seminar dan bengkel yang biasanya mengambil masa 2-3 hari.
Objektif
-
membantu agensi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dengan lebih jelas;
-
membantu agensi merangka strategi-strategi yang sesuai melalui langkah mengoptimumkan kekuatan dan membuat penambahbaikan ke atas kelemahan dalaman;
-
membolehkan agensi membangunkan strategi-strategi yang sesuai melalui penggunaan sepenuhnya peluang dan strategi untuk mengekang ancaman yang dikenal pasti;
-
membolehkan agensi merancang program dan aktivitinya mengikut kepentingan dan keutamaan dengan jelas dan bersistematik; dan
-
membantu agensi membangunkan kaedah pengukuran prestasi pelaksanaan program dan aktiviti.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan kepada:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p.: Pengarah Bahagian Transformasi Sektor Awam)
Nombor telefon : 03 – 8872 3156
Nombor faks : 03 – 8888 5145
Emel : mazlan@mampu.gov.my
Kemaskini : 2 Februari 2010
|
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my
Tarikh Kemaskini : 12 March 2010
Bil. Pelawat/Visitor No


















