ISO 9000
Taklimat/Ceramah Daripada MAMPU Bagi Membantu Pelaksanaan MS ISO 9001:2000 di Agensi Kerajaan
Agensi-agensi Kerajaan boleh memohon MAMPU untuk mendapatkan khidmat memberi taklimat atau ceramah mengenai MS ISO 9001:2000.Pelantikan Syarikat Perunding Swasta BagiPelaksanaan MS ISO 9001:2000 Dalam Perkhidmatan Awam
Agensi boleh melantik syarikat perunding swasta dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2000 untuk agensi masing-masing atas tanggungan kos sendiri mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 2006. Senarai syarikat perunding swasta boleh diperolehi dengan melayari laman web MAMPU.
Pengauditan dan Persijilan
Agensi boleh melantik Badan Persijilan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan diakreditasikan oleh Jabatan Standard Malaysia untuk mendapatkan pengauditan dan persijilan MS ISO 9000 mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 2002 atas tanggungan kos sendiri
[Agensi diminta mengemukakan satu salinan sijil tersebut kepada MAMPU selepas persijilan MS ISO 9000 diperolehi.]
Garis Panduan:
Dasar-dasar Pelaksanaan MS ISO 9001:2000 dalam Perkhidmatan Awam
Langkah-langkah Pelaksanaan MS ISO 9001:2000 Dalam Perkhidmatan Awam
Skop Kerja Khidmat Perundingan
Senarai Syarikat Perunding Swasta MS ISO 9000
Senarai Badan Persijilan MS ISO 9000
Pekeliling Berkaitan:
Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002: Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9001:2000 Dalam Perkhidmatan Awam
Maklumat Lanjut:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok B2, Parcel B,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
(u.p: Pengarah Bahagian Dasar dan Pengurusan Kualiti)
No. Telefon :03-8888 2451
No.Fax : 03-8888 3721




